Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Bolehkah hematit menggantikan barit sebagai bahan pemberat lumpur penggerudian?

Ismail, Issham and Kunang, Andrew (1988) Bolehkah hematit menggantikan barit sebagai bahan pemberat lumpur penggerudian? Jurnal Teknologi, 28 . pp. 33-45.

[img]
Preview
PDF - Published Version
3MB

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan hasil kajian yang dilakukan terhadap hematit tempatan untuk diguna sebagai bahan pemberat dalam lumpur penggerudian. Sampel hematit yang diperoleh dari Institut Penyelidikan Galian Ipoh dikisar dan diayak mengikut spesifikasi API, sebelum dimasukkan ke dalam lumpur penggerudian untuk diuji sifat reologi, sifat kehilangan bendalir, kandungan pepejal dan kelelasannya. Seterusnya, keputusan uji kaji yang dihasilkan lumpur hematit dibandingkan dengan nilai yang diberikan oleh lumpur barit. Keputusan kajian menunjukkan bahawa walaupun hematit tersebut mempamerkan sifat reologi yang setanding dengan barit serta memberikan kehilangan bendalir dan kandungan pepejal yang rendah, tetapi masalah yang dihadapi hematit ialah sifat lelas yang menghalang penggunaannya dalam operasi penggerudian.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Bahan pemberat, barit, hematit, kajian kelelasan, sifat reologi lumpur penggerudian
Subjects:Q Science > Q Science (General)
Divisions:Chemical and Natural Resources Engineering
ID Code:3730
Deposited By: Prof Madya Issham Ismail
Deposited On:12 Jul 2007 09:04
Last Modified:01 Nov 2017 04:17

Repository Staff Only: item control page