Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Amalan Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) dalam kalangan pensyarah kimia Universiti Teknologi Malaysia

Zainal, Norashilah and Ibrahim, Nor Hasniza and Surif, Johari and Mohktar, Lilia Ellany and Abd. Rahman, Nor Farahwahidah (2013) Amalan Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PPK) dalam kalangan pensyarah kimia Universiti Teknologi Malaysia. In: 2nd International Seminar on Quality & Affordable Education 2013, 7-10 October, KSL Hotel & Resort, Johor Bahru, Johor, 2013.

Full text not available from this repository.

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat amalan pengetahuan pedagogi kandungan dalam kalangan pensyarah kimia di Universiti Teknologi Malaysia. Bagi mencapai tujuan ini, persepsi dan amalan pengetahuan pedagogi kandungan pensyarah kimia dikenal pasti. Seramai 31 orang pensyarah yang mengajar mata pelajaran kimia telah dilibatkan sebagai responden di dalam kajian ini. Data dikumpulkan menerusi soal selidik dan temubual. Soalan soal selidik terdiri daripada 30 item yang berskala likert. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan teknik statistik deskriptif iaitu frekuensi dan peratusan. Manakala temubual dianalisis secara teknik analisis kandungan. Hasil dari kajian ini, didapati pensyarah kimia di Universiti Teknologi Malaysia mempunyai amalan pengetahuan pedagogi kandungan yang sangat baik. Namun begitu, terdapat sedikit kekurangan iaitu dari segi pengetahuan sejarah konsep kimia, perlaksanaan aktiviti di kuliah, penggunaan kepelbagaian pendekatan di kuliah, kecenderungan untuk meneroka pengetahuan awal pelajar dan pengunaan penilaian yang mencabar yang hanya menunjukkan keputusan yang sederhana sahaja. Selain itu, terdapat segelintir pensyarah menyatakan kadang-kadang sahaja mereka tidak dapat mencapai objektif pembelajaran, tidak menggunakan aplikasi seharian pelajar di dalam pengajaran, tidak biasa dengan pengetahuan awal pelajar dan salah konsep serta tidak menggunakan penilaian secara tidak formal semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat digunakan untuk menambahbaikkan pengajaran di universiti dan memberi idea kepada pensyarah untuk meningkatkan lagi kualiti pengajaran supaya ia lebih berkesan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:dendritic gels, tunable materials pengetahuan pedagogi kandungan, kimia
Subjects:L Education
Divisions:Education
ID Code:37218
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:25 Mar 2014 01:48
Last Modified:16 Oct 2017 00:40

Repository Staff Only: item control page