Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-faktor mempengaruhi pencapaian akademik yang rendah di kalangan mahasiswa/i Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kelantan bagi semester Disember 2005-Mei 2006

Salleh, Muhammad Shukri and Amir Razli, Meer Zhar Farouk and Yusoff, Mohd. Zahari (2006) Faktor-faktor mempengaruhi pencapaian akademik yang rendah di kalangan mahasiswa/i Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kelantan bagi semester Disember 2005-Mei 2006. In: National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
PDF (Fulltext)
56kB

Abstract

Matlamat kajian adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar yang rendah. Kedua, kajian juga mengkaji apakah faktor-faktor yang akan meningkatkan lagi pencapaian pelajar-pelajar ini. Ketiga, kajian mengkaji apakah terdapat perbezaan faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar lelaki dan wanita. Keempat, kajian juga melihat perkaitan pencapaian akademik pelajar dengan tahap pergaulan mereka. Sample kajian terdiri daripada 92% atau 88 orang pelajar daripada semester 2 sehingga 7 diploma dan ijazah yang mempunyai pencapaian Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) kurang daripada 2.35 di UiTM Kampus Kelantan. Instrument kajian adalah satu soal selidik yang diedar kepada sampel kajian. Data dianalisa dan diproses dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 12.0. Hasil kajian menunjukan 84.1% peratus responden meletakan tahap sangat tinggi dan sederhana kepada tidak menguasai teknik belajar dengan sempurna, 79.6 % responden meletakan tahap sangat kuat sehinnga sederhana kepada faktor daya fokus yang rendah. Ini menyebabkan pelajar ini gagal mendapat keputusan yang baik.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Akademik; pencapaian; faktor-faktor; rendah
Subjects:L Education > L Education (General)
ID Code:370
Deposited By: Haliza Zainal
Deposited On:16 Feb 2007 06:55
Last Modified:23 Aug 2017 06:44

Repository Staff Only: item control page