Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Keupayaan dan sikap dalam menyelesaikan masalah matematik bukan rutin

Syed Zainuddin, Syed Abdul Hakim and Mohamed, Mohini (2010) Keupayaan dan sikap dalam menyelesaikan masalah matematik bukan rutin. Jurnal Teknologi (Sains sosial), 53 . pp. 47-62. ISSN 0127-9696 (Print); 2180-3722 (Electronic)

[img] PDF (Full Text)
126kB
[img] HTML - Published Version
22kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan keupayaan menyelesaikan masalah matematik bukan rutin di kalangan pelajar tingkatan dua di beberapa buah sekolah sekitar daerah Johor Bahru. Ia difokuskan kepada keupayaan pelajar dalam proses menyelesaikan masalah yang merangkumi: proses memahami masalah, merancang strategi penyelesaian, melaksanakan strategi dan akhir sekali menyemak serta menilai jawapan. Kajian ini merupakan kajian tinjauan. Persampelan adalah secara persampelan kelompok. Sampel kajian adalah terdiri daripada 70 orang pelajar tingkatan dua. Tiga alat kajian digunakan, iaitu ujian penyelesaian masalah matematik bukan rutin, soal selidik berkaitan sikap terhadap penyelesaian masalah dan temu bual berstruktur. Tiga kategori yang dinilai dalam inventori sikap adalah kesanggupan dalam aktiviti menyelesaikan masalah, ketabahan ketika menyelesaikan masalah dan keyakinan diri dalam menyelesaikan masalah. Dapatan menunjukkan bahawa pelajar tingkatan dua mempunyai kemahiran memahami masalah pada tahap tinggi tetapi mempunyai kemahiran merancang strategi dan menulis jawapan pada tahap yang sangat lemah. Manakala bagi kemahiran melaksana strategi, pelajar tingkatan dua ini berada pada tahap yang sederhana dalam menyelesaikan masalah matematik bukan rutin. Dari segi sikap terhadap penyelesaian masalah, pelajar tingkatan dua mempunyai tahap sikap yang tinggi dalam kesanggupan dan ketabahan tetapi mempunyai tahap sikap yang sederhana dalam keyakinan. Temu bual pula mendapati terdapat perbezaan pandangan dan pola penyelesaian antara pelajar yang mendapat skor terendah dan pelajar yang mendapat skor tertinggi ketika menjawab soalan matematik bukan rutin.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:non-routine mathematical problem, problem solving process, willingness, perseverance, self-confidence
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:36982
Deposited By:INVALID USER
Deposited On:09 Mar 2014 09:01
Last Modified:01 Nov 2017 04:17

Repository Staff Only: item control page