Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Potensi Kanji Sagu, Kanji Ubi Kayu, Dan Abu Kelapa Sawit Sebagai Pengawal Kehilangan Bendalir

Samsuri, Ariffin and Ismail, Issham and Abdul Latif, Irwan (2004) Potensi Kanji Sagu, Kanji Ubi Kayu, Dan Abu Kelapa Sawit Sebagai Pengawal Kehilangan Bendalir. Jurnal Teknologi, 30(F): 25-38, Universiti Teknologi Malaysia .

[img] PDF
645kB

Abstract

Dalam operasi penggerudian dan pelengkapan telaga petroleum, beberapa bahan tambah diguna untuk mendapatkan sifat-sifat lumpur penggerudian dan simen yang dikehendaki supaya sesuai dengan keperluan operasi terbabit. Salah satu daripada bahan tersebut ialah pengawal kehilangan bendalir (disebut juga sebagai bahan tambah kawalan kehilangan bendalir). Setakat ini, semua bahan tambah yang diperlukan masih diimport dari luar negara. Oleh itu, kertas kerja ini membentang hasil penelitian makmal terhadap penggunaan kanji sagu, kanji ubi kayu, dan abu kelapa sawit sebagai bahan tambah kawalan kehilangan bendalir yang berkaitan bagi menggantikan bahan yang diimport. Ujian kehilangan bendalir dilakukan berdasarkan prosedur seperti yang ditetapkan dalam API Spec. 10 dan API RP 13B. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan kanji sagu dan kanji ubi kayu dalam lumpur penggerudian dapat mengurangkan masalah kehilangan bendalir, yang mana prestasinya adalah setanding dengan prestasi yang ditunjukkan oleh bahan tambah kawalan kehilangan bendalir piawai, iaitu PAC. Abu kelapa sawit pula sesuai digunakan sebagai bahan tambah kawalan kehilangan bendalir untuk simen kelas G dan sesuai digunakan bersama bahan tambah piawai yang lain.

Item Type:Article
Subjects:T Technology > TP Chemical technology
Divisions:Chemical and Natural Resources Engineering
ID Code:3668
Deposited By: Prof Dr Ariffin Samsuri
Deposited On:06 Sep 2017 06:57
Last Modified:01 Nov 2017 04:17

Repository Staff Only: item control page