Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pola sahsiah remaja dalam kalangan pelajar Islam di Sekolah Menengah daerah Johor Bahru

Mat Isa, Khairun Nizar (2012) Pola sahsiah remaja dalam kalangan pelajar Islam di Sekolah Menengah daerah Johor Bahru. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
731kB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti pola sahsiah remaja dan faktor yang mempengaruhi sahsiah remaja dalam kalangan pelajar Islam di sekolah menengah di Daerah Johor Bahru. Seterusnya kajian ini akan melihat hubungan antara pola sahsiah remaja dengan faktor yang mempengaruhinya. Terdapat lima pola sahsiah remaja yang dikaji iaitu akidah, ibadat, muamalat, muasyarat dan akhlak, manakala empat faktor yang mempengaruhi pola sahsiah remaja dikaji meliputi ibu bapa, media massa, rakan sebaya dan didikan agama. Seramai 242 orang sampel yang terlibat dalam kajian yang terdiri daripada pelajar yang beragama Islam di empat buah sekolah menengah di Daerah Johor Bahru. Responden diberikan satu set borang soal selidik inventori sahsiah diri yang dibangunkan oleh Syed Umar Bin Abdul Rahman, Fadzlunesa Bt Isa dan Joohana Bt Saliman, (2011). Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 15. Data deskriptif yang diperoleh menunjukkan bahawa pola akidah merupakan pola sahsiah remaja yang paling tinggi dalam diri responden (M=4.63), diikuti pola ibadat (M=3.96), pola muamalat (M=3.89), pola akhlak (M=3.81) dan pola muasyarat (M=3.67). Pengaruh ibu bapa merupakan faktor yang paling tinggi mempengaruhi sahsiah diri remaja yang dikaji (M=3.45), diikuti rakan sebaya (M=3.29), media massa (M=2.63) dan didikan agama (M=2.59). Analisis inferensi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara elemen muasyarat dengan faktor ibu bapa (p=0.000, r=0.521), media massa (p=0.008 ,r=0.170), rakan sebaya (p=0.000, r=0.354) dan didikan agama (p=0.024, r=0.145). Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara aspek muamalat dengan faktor media massa (p=0.000,r=0.390), rakan sebaya (p=0.000,r=0.390) dan didikan agama (p=0.027,r=0.142). Elemen akhlak mempunyai hubungan yang signifikan dengan faktor ibu bapa sahaja (p=0.010,r=0.166), manakala elemen akidah menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan dengan faktor ibu bapa, media massa, rakan sebaya dan didikan agama.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)) - Universiti Teknologi Malaysia, 2012; Supervisor : Dr. Faizah Abd. Ghani
Uncontrolled Keywords:sahsiah remaja, pelajar Islam, muamalat
Subjects:B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Divisions:Education
ID Code:36253
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:27 Jan 2014 03:02
Last Modified:27 Apr 2018 01:29

Repository Staff Only: item control page