Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Peranan, kompetensi dan elemen teras untuk jurulatih program Latihan Khidmat Negara

Markom, Mohd. Nasir (2013) Peranan, kompetensi dan elemen teras untuk jurulatih program Latihan Khidmat Negara. PhD thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Management.

[img]
Preview
PDF
688kB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti peranan, kompetensi dan elemen teras kompetensi dalam kalangan jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Kerangka kajian ini menggunakan Model Kompetensi Untuk Jurulatih oleh Barbazette (2005). Data diperolehi menggunakan soal selidik sebagai sumber data utama dan perbincangan kumpulan fokus. Responden kajian terdiri daripada pelatih dan jurulatih PLKN serta pengamal pembangunan sumber manusia. Hasil kajian mendapati kompetensi jurulatih paling penting ialah peranan intelektual (min 3.88), pengurusan (min 3.72), sosial (min 3.61) dan teknikal (min 3.46) Berdasarkan 28 kompetensi pengetahuan, kemahiran, dan sikap (KSA); 11 item kompetensi berada pada tahap tinggi, dan 17 item pada tahap sederhana. Dalam 20 kompetensi emosi dan spiritual (ESC); 5 item berada pada tahap tinggi, dan 15 item lagi pada tahap sederhana. Dapatan kajian menunjukkan kompetensi ESC sangat penting dan perlu diberikan perhatian oleh jurulatih PLKN selari dengan kompetensi KSA. Analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang positif di antara etika kejurulatihan, pengalaman, dan kelayakan dengan kompetensi jurulatih. Analisis regresi menunjukkan ketiga-tiga pembolehubah (etika kejurulatihan, pengalaman dan kelayakan) menyumbang sebanyak 40 peratus varian dalam kompetensi jurulatih. Dapatan kajian ini memperkukuhkan teori Barbazette (2005) dengan memasukkan elemen-elemen baru kompetensi yang ditemui dalam kajian iaitu aspek 1) intelektual, pengurusan, sosial dan teknikal, 2) emosi dan spiritual (kerohanian), dan 3) pengalaman, kelayakan, dan etika kejurulatihan. Implikasinya, jurulatih PLKN perlu memainkan peranan pelbagai kompetensi untuk menghasilkan keberkesanan program latihan berimpak tinggi. Kompetensi ini boleh menjadi asas dan kriteria penting dalam proses membuat pemilihan dan pelantikan jurulatih PLKN secara profesional pada masa depan. Secara tidak langsung, kajian ini dapat memperkukuhkan kerangka ilmu dalam bidang kejurulatihan dan pembangunan sumber manusia.

Item Type:Thesis (PhD)
Additional Information:Thesis (Ph.D (Pengurusan)) - Universiti Teknologi Malaysia, 2013; Supervisor : Assoc. Prof. Dr. Nik Hasnaa Nik Mahmood
Uncontrolled Keywords:National service Malaysia, core competencies, performance
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD30.2 Knowledge management
Divisions:Management
ID Code:35878
Deposited By: Kamariah Mohamed Jong
Deposited On:10 Mar 2014 01:20
Last Modified:19 Jul 2017 06:52

Repository Staff Only: item control page