Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Peranan pengetua dan felo dalam memantau aktiviti pelajar: tinjauan terhadap unit kediaman luar kampus, UPSI

Abdullah, Mohd. Syariefudin and Bahari, Khairul Azam and Tawang, Alene (2006) Peranan pengetua dan felo dalam memantau aktiviti pelajar: tinjauan terhadap unit kediaman luar kampus, UPSI. In: National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
PDF (Fulltext)
97Kb

Abstract

Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) merupakan sebuah unit yang bernaung di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEP&A) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bermula sesi pengajian tahun 2002. Fungsi utama Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) adalah untuk menyelia para pelajar UPSI yang tinggal di luar kampus memandangkan hampir 60% daripada jumlah mahasiswa UPSI adalah tinggal di sekitar Tanjong Malim. Peranan utamanya untuk menjaga kebajikan mahasiswa yang tinggal di luar kampus di samping membawa seberapa banyak aktiviti yang bermanfaat. Fungsi UKLK berbeza daripada kolej kediaman yang lain dimana UKLK tidak menyediakan tempat tinggal kepada mahasiswa cuma bertindak memantau tempat tinggal mahasiswa di kawasan terlibat seperti kampung, taman dan pekan di sekitar Tanjong Malim. Badan induk yang bertanggungjawab membawa aktiviti yang berkualiti kepada para mahasiswa yang tinggal di luar kampus adalah Jawatankuasa Mahasiswa Kediaman Luar Kampus (JMKLK) yang terdiri daripada sebahagian pelajar yang tinggal di luar kampus dibantu oleh seorang pengetua dan beberapa orang Felo. Semenjak penubuhan, terdapat pelbagai program yang telah dijayakan melalui UKLK dan dapat dibahagikan kepada beberapa aspek iaitu kecemerlangan akademik, sukan dan rekreasi, perayaan dan perhimpunan, perkhemahan dan lawatan, dan khidmat masyarakat. Antara objektif dan impak yang utama daripada aktiviti yang dijalankan adalah melahirkan mahasiswa yang bersahsiah tinggi dan berpersonaliti unggul (Towering Personality) di samping membantu masyarakat luar. Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan kedudukan dan peranan bersama yang boleh dimainkan oleh pengetua dan felo dalam memantau dan memastikan kejayaan aktiviti UKLK. Di samping itu, diharap respons yang positif daripada peserta dalam bentuk cadangan, saranan dan buah fikiran yang bernas bagi memantapkan lagi organisasi dan aktiviti UKLK.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:UKLK; respon
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:School of Graduate Studies
ID Code:357
Deposited By: Pn Haliza Zainal
Deposited On:15 Feb 2007 23:55
Last Modified:01 Jun 2010 02:43

Repository Staff Only: item control page