Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengaruh perkembangan Sains & Teknologi terhadap aktiviti penterjemahan

Samsuri, Ariffin (1997) Pengaruh perkembangan Sains & Teknologi terhadap aktiviti penterjemahan. In: Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-6, 2-4 September 1997, Pulau Pinang, Malaysia.

[img] PDF
401kB

Abstract

Perkembangan ilmu pengetahuan dan pembangunan ekonomi yang pesat perlu diiringi dengan kegiatan pemindahan ilmu serta maklumat yang berkesan bagi memastikan segenap lapisan masyarakat dapat mengikuti perkembangan yang berlaku dan mengambil peluang yang wujud akibat perubahan yang terjadi sehingga mampu turut serta dalam kancah pembangunan negara. Setakat ini terdapat dua teori mengenai pemindahan ilmu terutamanya dari luar negara iaitu teori kaedah langsung dan teori kaedah tidak langsung. Teori kaedah langsung mengusulkan supaya kita mempelajari dan menguasai bahasa sumber ilmu serta memahami ilmu berkaitan dalam bahasa sumbernya. Teori kaedah tidak langsung mengusulkan karya ilmu dari bahasa lain diterjemahkan kepada bahasa bangsa berkenaan untuk kemudiannya diterbitkan semula dalam bahasa bangsa yang berkaitan supaya dapat dibaca dan difahami oleh setiap lapisan masyarakat dalam bahasa mereka sendiri, iaitu melalui aktiviti terjemahan. Dengan demikian, terjemahan merupakan salah satu kaedah penting dan berkesan dalam proses pemindahan ilmu serta maklumat kerana mempunyai dua kelebihan, iaitu sangat cepat dan penyebaran ilmu cepat merebak kerana mampu dibaca oleh setiap lapisan masyarakat dalam bahasa sasaran. Walau bagaimanapun, keberkesanan proses penterjemahan dan penyebaran ilmu yang berkaitan bergantung kepada empat aspek utama, iaitu perkembangan ilmu, penterjemah, pembuat dasar dan pengguna. Sebagaimana yang diketahui umum, ilmu sains dan teknologi berkembang dengan pesat sekalu sehingga sukar bagi penterjemah untuk bersaing dengan perkembangan yang berlaku dan keperluan pasaran semasa. Ilmu sains dan teknologi berkembang melalui dua aspek, iaitu perkembangan bidang-bidang baru dan perkembangan konsep atau teori baru dalam bidang-bidang yang sedia wujud. Keadaan ini bertambah genting dengan meningkatnya penggunaan komputer serta teknologi maklumat dalam kehidupan harian, konsep globalisasi dan penwujudan koridor raya multimedia. Dengan perubahan yang berlaku ini, wujud persoalan sama ada aktiviti penterjemahan masih merupakan suatu keperluan strategik untuk membangun sesuatu bangsa atau hanya merupakan salah satu bidang ilmu sahaja. Perkembangan masa depan aktiviti penterjemahan banyak bergantung kepada penerimaan mereka yang terlibat terhadap perubahan yang berlaku, terutamanya penterjemahan dan pembuat dasar negara. Fenomena ini wujud kerana perkembangan ilmu sains dan teknologi serta keperluan atau permintaan pengguna merupakan faktor luar kawalan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:perkembangan Sains & Teknologi, aktiviti penterjemahan, teori kaedah langsung
Subjects:T Technology > TP Chemical technology
Divisions:Chemical and Natural Resources Engineering
ID Code:3555
Deposited By: Prof Dr Ariffin Samsuri
Deposited On:05 Jul 2017 02:24
Last Modified:06 Sep 2017 06:44

Repository Staff Only: item control page