Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Etika Perbualan di Telefon

Mustafa Kamal, Nurul Aniena and Justi, Aina Maradhia and Jasmi, Kamarul Azmi (2012) Etika Perbualan di Telefon. In: Seminar Pertama Sains, Teknologi dan Manusia 2012, 22 September 2012, Marbawy Hall, Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia.

[img] PDF
2MB

Abstract

Dalam era pasca-merdeka kini, banyak isu perlu kita jadikan teladan dan garis panduan untuk menjadi masyarakat yang seiring dengan kemajmn Islam itu sendiri. Selain itu, anak-anak merupakan anugerah Allah yang sangat besar nilainya dan rezeki yang melimpah ruah. Dalam pada masa yang sama, anak dalam sesebuah keluarga merupakan dugaan bagi para ibubapa. Banyak dugaan dalam proses pembesaran mereka yang menguji tanggungjawab para ibubapa. Tanggungjawab merupakan satu perkara yang sangat abstrak untuk dizahirkan akan tetapi ianya adalah satu perasaan yang datang dengan rasa keibubapaan yang penuh kasih sayang untuk mendidik anak-anak. Dalam konteks undangan dan komitmen itu sendiri banyak perkara perlu anak-anak dan para ibubapa sendiri fahami. Hakikatnya, para ibubapa kini memandang enteng perkara-perkara sebegini dan salah dalam membentuk keluarga yang bahagia. Faktor utama bagi mereka memandang enteng ialah anak-anak kurang merasakan prihatin dari ibubapa mereka sendiri sehinggakan berasakan terabai. Selain itu, mereka juga merasakan ibubapa membenarkan sahaja apa yang mereka akan lakukan. Amnya, itu akhlak yang kurang baik untuk dicontohi. Justeru, ibubapa perlulah merasakan Islam sebagai panduan dalam mendidik anak-anak. Jadikan al-Quran dan Sunnah sebagai manual dalam membentuk peribadi mereka. Nescaya mereka akan merasakan kasih sebenar ibubapa mereka dan apa yang mereka lakukan pasti berlandaskan agama sebagai pegangan mereka.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:35295
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:24 Jul 2014 00:57
Last Modified:11 Oct 2017 07:24

Repository Staff Only: item control page