Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Ke arah mewujudkan sebuah universiti penyelidikan - satu cabaran

Samsuri, Ariffin and Mohamed, Zainai (2001) Ke arah mewujudkan sebuah universiti penyelidikan - satu cabaran. In: Prosiding Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Pembangunan IPTA 2001, 25-26 Oktober 2001, Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

[img] PDF
1MB

Abstract

Cabaran globalisasi dan k-ekonomi memerlukan negara mempunyai lebih ramai sumber tenaga manusia yang kreatif dan inovatif sehingga mampu menghasilkan teknologi dan produk baru yang lebih kompetitif serta mampu bersaing di pasaran global. Bagi membantu negara menghadapi cabaran tersebut, universiti yang secara tradisinya merupakan universiti pengajaran lebih menumpukan kepada aktiviti pengajaran sedangkan universiti penyelidikan memberi penekanan kepada aktiviti penyelidikan dan pembangunan disamping pengajaran. Sebenarnya universiti penyelidikan telah lama wujud di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jepun. Antaranya ialah Massachusett Insititute of Technology (MIT) di Amerika Syarikat, University of Tokyo di Jepun dan University of Cambridge di United Kingdom. Oleh itu universiti penyelidikan mesti mempunyai kekuatan yang menonjol dalam penyelidikan sebagai bisnes teras disamping pengajaran. Fokus pengajaran di universiti penyelidikan mesti menjurus ke arah melahirkan graduan yang lebih kreatif, inovatif dan bersedia meneruskan kerjaya sebagai penyelidik yang cemerlang. Lebih tepat lagi, universiti penyelidikan mesti mempunyai lebih 50% aktiviti penyelidikan berbanding 40% pengajaran dan 10% aktiviti lain. Oleh yang demikian, kecemerlangan universiti penyelidikan harus dilihat dari segi kepakaran dan reputasi staf akademiknya disamping hasil penyelidikan yang berkualiti. Kecemerlangan universiti pengajaran pula diukur dari segi bilangan pelajar, kualiti graduan dan bilangan program akademik yang ditawarkan. Untuk mencapai status universiti penyelidikan, sesebuah universiti perlu melakukan perubahan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan aktivitinya, termasuklah kurikulum program akademik, kewangan dan pengurusannya, program pembangunan sumber manusia, kemudahan dan struktur organisasi. Untuk mencapai matlamat anjakan paradigma ini, universiti perlu melakukan beberapa strategi pelaksanaan termasuklah perkongsian visi, perubahan budaya kerja, agihan semula beban tugas staf, program akademik dan penyelidikan, penyediaan kemudahan and infrastruktur, pembangunan sumber manusia, penyediaan dana penyelidikan dan pembangunan, dan pemantapan struktur organisasi, terutamanya hubungan antara fakulti dengan pusat kecemerlangan. Aktiviti fakulti lebih menumpukan kepada pengajaran sedangkan pusat kecemerlangan pula lebih tertumpu kepada penyelidikan dan pembangunan. Hubungan fakulti dan pusat kecemerlangan hendaklah berdasarkan senergi perkongsian bijak supaya universiti penyelidikan yang diwujudkan mampu memenuhi keperluan negara dalam menyahut cabaran abad ke-21.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Universiti penyelidikan, pusat kecemerlangan
Subjects:T Technology > TP Chemical technology
L Education > L Education (General)
Divisions:Chemical and Natural Resources Engineering
ID Code:3521
Deposited By: Prof Dr Ariffin Samsuri
Deposited On:20 Jun 2017 03:49
Last Modified:20 Jun 2017 03:55

Repository Staff Only: item control page