Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Analisa Johor kebolehupayaan kaedah rambatan ke belakang di dalam peramalan banjir bagi kawasan tadahan hujan negeri

Mohd. Azmi, Nurulhuda Firdaus and Salehuddin, Roselina and Talib, Mohamad Shukor and Alwee, Razana (2003) Analisa Johor kebolehupayaan kaedah rambatan ke belakang di dalam peramalan banjir bagi kawasan tadahan hujan negeri. Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke-11 .

Full text not available from this repository.

Abstract

Banjir merupakan salah satu fenomena alam yang melanda negara Malaysia. Fenomena ini memberikan kesan buruk terhadap masyarakat termasuk kerugian dari segi ekonomi seperti kemusnahan kawasan pertanian dan yang paling buruk ialah kematian. Contoh yang terbaik ialah tragedi banjir di daerah Kangkar Pulai, Johor Darul Takzim. Hujan yang lebat dan tidak bermusim serta perubahan struktur muka bumi merupakan di antara sebab berlakunya fenomena ini. Justeru, peramalan banjir berdasarkan kadar taburan hujan adalah penting bagi menentukan paras berlakunya kejadian banjir supaya tindakan awalan menghadapi bencana banjir dapat dilakukan. Kajian yang akan dilakukan ini merupakan satu analisa peramalan banjir berdasarkan taburan hujan menggunakan pendekatan Rangkaian Neural melalui kaedah Rambatan Kebelakang. Data bagi taburan hujan yang akan digunakan di dalam kajian ini diperolehi daripada Bahagian Hidrologi dan Sumber Air, Jabatan Pengairan dan Saliran negeri Johor. Proses pembangunan projek ini, akan dilakukan dengan menggunakan perisian MATLAB. Model peramalan yang akan dibangunkan ini merupakan satu kandungan baru bagi pangkalan data sistem MHIS (Malaysian Hydrological Information System) dan dengan itu peramalan banjir terhadap masa nyata dapat dibangunkan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Peramalan banjir masa nyata, rangkaian neural, Rambatan kebelakang
Subjects:Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Divisions:Computer Science and Information System (Formerly known)
ID Code:3439
Deposited By: Pn Razana Alwee
Deposited On:10 Feb 2012 01:21
Last Modified:10 Feb 2012 01:21

Repository Staff Only: item control page