Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Keberkesanan Pengaplikasian Model Generatif-Metakognitifalam Perisian Bagi Membantu Pembinaan Konsep Keabadian Jisim

Surif, Johari and Arshad, Mohammad Yusof and Ahmad@Sharif, Mohammad Nazir (2004) Keberkesanan Pengaplikasian Model Generatif-Metakognitifalam Perisian Bagi Membantu Pembinaan Konsep Keabadian Jisim. Jurnal Teknologi Maklumat, 16 (2). pp. 74-91. ISSN 0128-3790

[img] PDF
478kB

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pengaplikasian Model Generatif-Metakognitif dalam pembangunan perisian pendidikan sains bagi membantu pelajar menguasai konsep keabadian jisim dengan tepat. Keberkesanan tersebut diukur melalui keupayaan pelajar untuk melakukan perubahan konsep dan mempertingkatkan strategi metakognitif mereka bagi membina konsep saintifik pada aras makroskopik, mikroskopik dan persimbolan. Alat penggubahan Macromedia Flash MX telah digunakan bagi tujuan pembangunan perisian ini. Kajian secara kualitatif dilaksanakan di kalangan lima belas responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan empat aliran sains yang telah mempelajari tajuk Jirim dan dipilih secara rawak. Data diperolehi berdasarkan data logging hasil interaksi pelajar dan perisian serta temubual yang dijalankan. Dapatan menunjukkan Model Generatif-Metakognitif yang diaplikasikan dalam pembangunan perisian pendidikan sains ini berupaya mewujudkan konflik kognitif dan mempertingkatkan strategi metakognitif pelajar sekaligus membina konsep keabadian jisim dengan tepat. Keseluruhannya menunjukkan model ini berpotensi untuk dijadikan alternatif bagi menggantikan strategi pengajaran dan pembelajaran tradisional dan mempertingkatkan dunia pendidikan sains di negara ini.

Item Type:Article
Subjects:Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Divisions:Computer Science and Information System
ID Code:3427
Deposited By: Mrs Rozilawati Dollah @ Md Zain
Deposited On:24 May 2007 05:17
Last Modified:01 Nov 2017 04:17

Repository Staff Only: item control page