Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

SPAtH: Sistem pembelajaran adaptif berteknologi hipermedia di persekitaran world wide web

Yusof, Norazah and Ahmad, Norbahiah and Samsuri, Paridah and Mohd. Hashim, Siti Zaiton and Abu Bakar, Zulkefli (2001) SPAtH: Sistem pembelajaran adaptif berteknologi hipermedia di persekitaran world wide web. In: Konvensyen Pendidikan UTM 2000, , 14 February 2001, Universiti Tekologi Malaysia, .

Full text not available from this repository.

Abstract

Walaupun system hypermedia didapati sesuai digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, ia mempunyai beberapa kelemahan yang boleh mengakibatkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi kurang berkesan. Hipermedia adaptif merupakan suatu teknik yang berpotensi untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh sistem hipermedia. Sistem pembelajaran adaptif berteknologi hipermedia merupakan sistem hipermedia yang melaksanakan teknik kepintaran buatan yang membenarkan pelajar mengawal proses pembelajaran mereka dan dalam masa yang sama sistem memberi bimbingan serta bantuan dari segi penyesuaian dinamik mengikut tahap dan kemampuan pelajar. Kertas kerja ini memaklumkan mengenai penyelidikan yang sedang dibuat ke atas sistem pembelajaran adaptif berteknologi hipermedia yang dikenali sebagai SPAtH. SPAtH direkabentuk supaya bahan pengajaran, soalan dan latihan boleh disesuaikan mengikut pelajar secara dinamik dalam persekitaran WWW. Ia mempunyai model pelajar yang berperanan penting untuk menyimpan maklumat mengenai individu pelajar, dan model domain yang menyusun dan menstruktur bahan pengajaran, supaya enjin adaptif dapat bertindak menyesuaikan bahan pengajaran mengikut kategori pelajar. Kertas kerja ini akan memfokuskan kepada penggunaan teknik hipermedia adaptif dan teknik kepintaran buatan ketika proses pembelajarn dilakukan oleh pelajar.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:SPAtH, world wide web, pengajaran dan pembelajaran
Subjects:Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Divisions:Computer Science and Information System
ID Code:3347
Deposited By: Dr. Norazah Yusof
Deposited On:24 Jul 2017 00:36
Last Modified:24 Jul 2017 00:37

Repository Staff Only: item control page