Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penjanaan Soalan Formatif dalam Sistem Pembelajaran Penguasaan secara Latih Tubi di persekitaran Web

Yusof, Norazah and Hamdan, Abdul Razak and Nasir, Abdul Hamid (2004) Penjanaan Soalan Formatif dalam Sistem Pembelajaran Penguasaan secara Latih Tubi di persekitaran Web. In: Konvensyen Teknologi Pendidikan ke-17, 17-20 Sept. 2004, Pulau Pinang, Malaysia.

Full text not available from this repository.

Abstract

Satu sistem pembelajaran pintar (SPP) sedang dibangunkan supaya dapat mentaksir dan mengkelaskan pelajar mengikut tahap pengetahuan dan tahap kecekapan pelajar menguasai domain pelajaran yang dipelajarinya. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti pengetahuan dan kemahiran sedia ada pada pelajar untuk menentukan kemahiran dan pengetahuan baru yang harus dipelajari pelajar, serta untuk meningkatkan kesan pembelajaran secara kawalan kendiri. Untuk memastikan tahap penguasaan dan kecekapan pembelajaran pelajar dapat ditaksir dengan sahih, maka sistem pembelajaran penguasaan secara latih tubi dibina untuk menyediakan suatu persekitaran pembelajaran secara atas talian yang mengemukakan soalan-soalan berbentuk formatif. Soalan-soalan berbentuk formatif ini digubal menggunakan Jadual Penentu Uji dan mengikut aras keupayaan kognitif taksonomi Bloom. Kertas kerja ini memfokuskan kepada penjanaan secara rawak terpilih bagi item-item soalan formatif dalam sistem pembelajaran latih tubi ini, iaitu dengan mengambilkira topik dan objektif yang dipilih pelajar serta aras keupayaan kognitif yang bersesuaian dengan pelajar. Dalam pada itu, kertas kerja ini juga membincangkan pendekatan baris gilir prestasi berselang boleh ubah yang dilaksanakan dalam strategi latih tubi untuk memberi peluang kepada pelajar mencuba semula item soalan yang tidak dapat dijawab dengan betul, dan juga untuk sistem memastikan pelajar benar-benar telah dapat menguasai unit pelajaran tersebut atau sebaliknya. Penjanaan soalan-soalan formatif secara rawak terpilih dalam kajian ini didapati berjaya mengemukakan item-item soalan yang berpadanan dengan aras keupayaan kognitif pelajar, manakala pendekatan baris gilir berselang boleh ubah didapati berupaya membantu sistem mengukur tahap penguasaan dan kecekapan pelajar dengan keputusan yang lebih dipercayai.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
Divisions:Computer Science and Information System
ID Code:3328
Deposited By: Dr. Norazah Yusof
Deposited On:08 Oct 2007 04:40
Last Modified:30 Aug 2017 07:54

Repository Staff Only: item control page