Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perekodan dan penormalan data dalam sistem pembelajaran pintar

Yusof, Norazah and Hamdan, Abdul Razak (2003) Perekodan dan penormalan data dalam sistem pembelajaran pintar. In: Konvensyen Teknologi Pendidikan ke-16, Jun 13 – 16, 2003, Melaka, Malaysia.

Full text not available from this repository.

Abstract

Kertas kerja ini memfokuskan kepada fasa pengumpulan dan penormalan data secara dalam talian bagi sistem pembelajaran pintar. Tujuan utaa penyelidikan ini adalah untuk menilai tahap penguasaan dan kecekapan pembelajaran pelajar dengan mengkelaskannya kepada beberapa kategori mengikut kriteria yang ditetapkan. Fasa pengumpulan data merekodkan soalan-soalan formatif yang diberikan kepada pelajar yang mana soalan-soalan ini digubal mengikut objektif pembelajaran yang ditentukan oleh Jadual Penentu Ujian dan juga mengikut aras keupayan kognitif taksonomi Bloom. Fasa pengumplan data juga merekodkan tingkah laku pembelajaran pelajar dalam sesi pembelajaran latih tubi. Terdapat empat faktor tingkah laku yang diambilkira dalam pengukuran tahap penguasaan dan kecekapan pembelajaran pelajar, iaitu markah dari soalan yang dijawab betul, masa menjawab soalan, bilangan cubaan menjawab soalan dan bilangan bantuan yang dicapai ketika menjawab soalan. Fasa penormalan data cuba pula menterjemahkan data-data mentah ini ke nilai angka antara 0 dan 1. Penormalan data dilakukan mengikut rujukan norma dan rujukan kriteria. Data-data yang telah dinormalkan ini seterusnya digunakan oleh teknik kepintaran buatan untuk menilai pelajar. Hasil pemerhatian ujikaji yang dijalankan mendapati, setiap tingkah laku pembelajaran pelajar telah berjaya diukur dan seterusnya dikelaskan kepada kategori yang dinyatakan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Divisions:Computer Science and Information System
ID Code:3327
Deposited By: Dr. Norazah Yusof
Deposited On:08 Oct 2007 08:45
Last Modified:09 Feb 2012 01:59

Repository Staff Only: item control page