Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan Perisian Kursus Berteknologi Multimedia

Yusof, Norazah and Abdul Rahman, Azizah and Zakaria, Norhawaniah Pembangunan Perisian Kursus Berteknologi Multimedia. In: Seminar Sains Komputer Universiti Pertanian Malaysia, June 1994, Serdang, Selangor.

Full text not available from this repository.

Abstract

Sesebuah perisian kursus PBK mampu mengajar dengan baik apabila kita mampu mengaturcara komputer tersebut supaya ia dapat mengajar atau mempersembahkan bahan pengajaran dengan berkesa dan mengikut kumpulan sasaran pengguna. Ditambah lagi dengan teknologi multi media yang menggabungkan teks, imej, suara, muzik, animasi dan video, perisian kursus PBK berteknologi multi media boleh menghasilkan pengajaran yang bermutu dan boleh menjadikan proses pembelajaran lebih menarik. Persoalan yang timbul ialah, siapakah yang akan menghasilkan perisian kursus? Adakah pihak guru perlu membeli perisian kursus yang ada di pasaran atau mengupah seorang ahli Sains Komputer atau membangunkannya sendiri? Perisian berbentuk pendidikan, sama ada buatan tempata atau diimpot, memang banyak di pasaran. Namun kesesuiannya dengan silibus dan kumpulan sasaran pengguna perlu diambil perhatian. Mengupah seorang ahli Sains Komputer juga bukanlah jalan penyelesaian yang baik kerana, disamping memerlukan kos upah yang tinggi, pengaturcara mahir sepenuh masa juga sukar untuk dicari. Seseorang guru atau tenaga pengajar merupakan orang yang paling sesuai untuk membangunkan perisian kursus sendiri bagi kumpulan sasaran pengguna yang telah dikenal pastinya. Kertas kerja ini membincangkan mengenai pembangunan perisian kursus pengajaran berbantukan komputer yang berteknologi multimedia dan akan berdasarkan kepada pengalaman penyelidikan yang sedang kami jalankan. Beberapa cadangan perisian dan perkakasan, serta tenaga pakar yang terlibat dalam pembangunan perisian kursus akan cuba dikemukakan supaya perisian kursus yang baik dan bermutu dapat dihasilkan.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects:Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
Divisions:Computer Science and Information System (Formerly known)
ID Code:3326
Deposited By: Dr. Norazah Yusof
Deposited On:08 Oct 2007 08:46
Last Modified:09 Oct 2007 00:43

Repository Staff Only: item control page