Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan model pelajar dalam pembinaan sistem pembelajaran adaptif menggunakan teknologi hipermedia

Yusof, Norazah and Young, Chew Kwi and Mohd. Hashim, Siti Zaiton (2000) Penggunaan model pelajar dalam pembinaan sistem pembelajaran adaptif menggunakan teknologi hipermedia. In: Simposium IT – ITSim’2K, , 11 April 2000, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. .

Full text not available from this repository.

Abstract

Sistem pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PBK) yang dibangunkan kebanyakannya adalah bersifat statik, di mana semua bahan penyampaian dan soalan yang dikemukakan adalah sama bagi semua pengguna. Sedangkan pelajar sebagai pengguna, mempunyai tahap pengetahuan yang berbeza serta cara belajar yang berlainan antara satu dengan lain. Satu usaha sedang dijalankan untuk mengkaji sistem pembelajaran adaptif menggunakan teknologi hipermedia yang direkabentuk supaya bahan penyampaian dan soalan yang dikemukakan boleh disesuaikan mengikut pelajar secara dinamik. Dengan menggabungkan teknik adaptif dengan teknologi hipermedia yang dinamik, sistem pembelajaran berbantukan komputer diharapkan akan menjadi lebih luwes dan dapat digunakan oleh lebih ramai pengguna. Kertas kerja ini membincangkan tentang kpentingan dan keberkesanan teknik hipermedia adaptif di dalam memantapkan lagi pembelajaran berbantukan komputer khususnya pembelajaran berasaskan web, di mana satu prototaip sistem pembelajaran adaptif berteknologi hipermedia (SPAtH) telah dibina yang menggabungkan dua sistem pembelajaran, iaitu sistem hipermedia untuk tujuan pembelajaran dan sistem tutoran pintar. Sistem ini menumpukan kepada penggunaan model pelajar yang berperanan penting dalam menyesuaikan bahan pengajaran, latihan dan soalan mengikut latar belakang pengkhususan pelajar serta pengalaman pelajar yang berbeza. Seterusnya, kertas kerja ini mengutarakan kekurangan yang terdapat pada sistem awalan ini, serta cadangan untuk memperbaiki dan menambah keupayaan SPAtH pada masa akan datang.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:pembelajaran berbantukan komputer, adaptif, sistem hipermedia, sistem tutor berkepintaran
Subjects:Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Divisions:Computer Science and Information System
ID Code:3323
Deposited By: Dr. Norazah Yusof
Deposited On:24 May 2007 07:19
Last Modified:27 Aug 2017 00:49

Repository Staff Only: item control page