Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Prestasi akademik pelajar Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia: analisis melalui pilihan kemasukan

Aslam, Mohd Mizan and Abdul, Abdull Halim (2006) Prestasi akademik pelajar Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia: analisis melalui pilihan kemasukan. In: National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
PDF (Fulltext)
78Kb

Abstract

KUKUM telah memulakan operasinya di Perlis pada tahun 2002 dengan sistem kampus teragih. Selepas empat tahun operasinya, pelbagai impak terhadap sosial dan akademik telah dikesan. Satu kajian telah dijalankan untuk melihat prestasi pelajar berdasarkan data-data sekunder sebenar yang diperolehi daripada rekod kemasukan pelajar-pelajar KUKUM melalui Unit Kemasukan dan Rekod dan Unit Peperiksaan Jabatan Pendaftar. Prestasi ini dinilai melalui tiga (3) pembolehubah utama yang melibatkan kemasukan pelajar melalui Matrikulasi, STPM dan Diploma. Selain itu, kajian ini juga mengambil kira kesan kemasukan pelajar terhadap prestasi akademik semasa menerusi pilihan pertama, kedua, ketiga dan lelong. Teknik pemilihan secara rawak sistematik telah digunakan dalam kajian ini bagi mendapatkan sampel kajian sebanyak 407 orang pelajar iaitu lebih 20% daripada populasi kajian. Hasil kajian ini mendapati prestasi pelajar melalui kemasukan secara lelong menunjukkan keputusan lebih baik berbanding kemasukan secara pilihan pertama, kedua dan ketiga. Secara keseluruhannya, keputusan prestasi akademik bagi kategori PNGK 3.33 ke atas, pelajar Cina (53.33%) lebih baik berbanding India (10.34%) dan Bumiputera (2.20%). Di samping itu, dapatan kajian prestasi akademik pelajar berdasarkan gender menunjukkan bahawa pelajar perempuan (70.73%-dengan PNGK 2.67 ke atas ) adalah lebih baik berbanding pelajar lelaki (47.74%- dengan PNGK 2.67 ke atas ).

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Pool lelong; PNGK; mod kemasukan; IPT
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:School of Graduate Studies
ID Code:332
Deposited By: Pn Haliza Zainal
Deposited On:16 Feb 2007 07:05
Last Modified:01 Jun 2010 02:43

Repository Staff Only: item control page