Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-faktor mempengaruhi pencapaian pelajar cemerlang di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kelantan bagi semester Disember 2005-Mei 2006

Amir Razli, Meer Zhar Farouk and Salleh, Muhammad Shukri and Yusoff, Mohd. Zahari (2006) Faktor-faktor mempengaruhi pencapaian pelajar cemerlang di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kelantan bagi semester Disember 2005-Mei 2006. In: National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur, Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
PDF (Fulltext)
63kB

Abstract

Matlamat kajian adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar cemerlang. Kedua, kajian juga mengkaji apakah faktor-faktor yang akan meningkatkan lagi pencapaian pelajar-pelajar cemerlang ini. Ketiga, kajian mengkaji apakah terdapat perbezaan faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar lelaki dan wanita. Keempat, kajian juga melihat perkaitan pencapaian akademik pelajar dengan tahap pergaulan mereka. Sample kajian terdiri daripada 62% iaitu seramai 110 orang pelajar daripada semester 2 sehingga 7 diploma dan ijazah yang mempunyai pencapaian Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.5 dan keatas di UiTM Kampus Kelantan. Instrument kajian adalah satu soal selidik yang diedar kepada sampel kajian. Data dianalisa dan diproses dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 12.0. Hasil kajian menunjukan dorongan ibu bapa yang kuat menyumbang sebanyak 88.2% berada pada tahap sangat kuat dan kuat. Manakala dorangan ahli keluarga menyumbang sebanyak 89 % pada tahap kuat dan sangat kuat dalam memastikan kejayaan pelajar.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Akademik; pencapaian; faktor-faktor; cemerlang
Subjects:L Education > L Education (General)
ID Code:330
Deposited By: Haliza Zainal
Deposited On:16 Feb 2007 06:59
Last Modified:23 Aug 2017 04:09

Repository Staff Only: item control page