Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perbandingan Prestasi Antara Message Passing Interface Java (Mpijava) Dan Java Object Passing Interface (Jopi)

M.Azmi, Zafril Rizal and Abu Bakar, Kamalrulnizam and Yaacob, Mohd Seth (2006) Perbandingan Prestasi Antara Message Passing Interface Java (Mpijava) Dan Java Object Passing Interface (Jopi). Jurnal Teknologi Maklumat, 18 (2). pp. 14-46. ISSN 0128-3790

[img] PDF
121kB

Abstract

Pengkomputeran selari merupakan satu kaedah alternatif yang murah bagi membangunkan satu sistem atau untuk tujuan penyelidikan yang memerlukan komputer berprestasi tinggi. Pengaturcaraan yang dibuat di dalam persekitaran selari memerlukan pustaka seperti MPI sebagai tapak kepada pembangunannya. Namun begitu, disebabkan bahasa pengaturcaraan Java semakin popular dikalangan pembangun sistem, pustaka seperti MPIJAVA dan JOPI yang menyokong pembangunan sistem selari semakin gemar digunakan. Walaubagaimanapun, pembangun sistem selari sering mengalami masalah untuk memilih pustaka berorientasikan objek yang sesuai. Oleh itu, kajian yang bertajuk “Perbandingan prestasi antara Message Passing Interface Java (MPIJAVA) dan Java Object-Passing Interface (JOPI).” dibuat untuk membandingkan prestasi antara MPIJAVA dan JOPI. Perbandingan dibuat berdasarkan kepada masa komunikasi, kadar bandwitdh, overhead perisian dan masa keseluruhan pemprosesan yang diuji menerusi beberapa siri pengujian. Hasil daripada kajian ini mendapati MPIJAVA sesuai digunakan sekiranya saiz data adalah kecil, tetapi untuk saiz data yang lebih besar, JOPI lebih efektif digunakan berbanding MPIJAVA walaupun ia mempunyai overhead perisian yang lebih tinggi berbanding MPIJAVA. Kajian ini dapat membantu pembangun sistem selari untuk memilih perpustakaan yang terbaik untuk sistem selari yang mereka dibangunkan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Pengkomputeran selari, Java, MPIJAVA, JOPI, prestasi
Subjects:Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Divisions:Computer Science and Information System
ID Code:3281
Deposited By: Mrs Rozilawati Dollah @ Md Zain
Deposited On:22 May 2007 04:10
Last Modified:01 Nov 2017 04:17

Repository Staff Only: item control page