Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengelompokan Data Kaji Cuaca Menggunakan Teknik Engelompokan Hierarki Agglomerative Bagi Peramalan Taburan Hujan

Bahari, Mahadi and Dollah @ Md. Zain, Rozilawati and Md Sap, Mohd Noor and Mohamad Adini, Mohamad Fahmi (2005) Pengelompokan Data Kaji Cuaca Menggunakan Teknik Engelompokan Hierarki Agglomerative Bagi Peramalan Taburan Hujan. Jurnal Teknologi Maklumat, 17 (2). pp. 36-48. ISSN 0128-3790

[img] PDF
216Kb

Abstract

Kertas kerja ini melaporkan penggunaan teknik pengelompokan hierarki Agglomerative bagi melakukan peramalan taburan hujan. Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan serta prestasi algoritma yang terdapat di dalam teknik pengelompokan hierarki. Kertas kerja ini bermula dengan penerangan ke atas pengelompokan hierarki yang memfokus kepada algoritma Single Link, Average Link dan Complete Link. Melalui penggunaan algoritma-algoritma tersebut, kelompok dihasilkan berdasarkan pembentukan susunan skema pengelompokan dengan mengurangkan jumlah kelompok bagi setiap proses. Kelompok yang dihasilkan, diperolehi daripada gabungan kelompok-kelompok yang terhampir (sama) kepada satu kelompok. Kelompok-kelompok yang dihasilkan melalui ketiga-tiga algoritma tersebut akan digunakan sebagai input bagi melakukan peramalan taburan hujan. Langkah-langkah yang terlibat di dalam proses pengelompokan ini akan diterangkan dengan lebih jelas di dalam bahagian metodologi kajian. Seterusnya, kertas kerja ini akan menerangkan mengenai eksperimen yang dilakukan ke atas kelompok-kelompok yang dihasilkan dengan menggunakan ketiga-tiga algoritma di atas. Pengukuran prestasi pengelompokan dibuat berdasarkan hasil pengelompokan ialah nilai ralat min punca kuasa dua (RMS) dan nilai pekali kolerasi yang dihasilkan di dalam setiap eksperimen yang telah dijalankan. Hasil kajian menunjukkan bahawa peramalan taburan hujan yang terbaik diperolehi melalui penggunaan algoritma Complete-Link.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Perlombongan data, Pengelompokan, Pengelompokan Hierarki Agglomerative dan Peramalan taburan hujan
Subjects:Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Divisions:Computer Science and Information System (Formerly known)
ID Code:3268
Deposited By: Mrs Rozilawati Dollah @ Md Zain
Deposited On:22 May 2007 03:54
Last Modified:01 Jun 2010 03:08

Repository Staff Only: item control page