Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap pengetahuan amalan pengurusan disiplin pelajar dalam kalangan guru disiplin di Sekolah Menengah Kebangsaan daerah Segamat

Yunus, Anney Zaharazilah (2012) Tahap pengetahuan amalan pengurusan disiplin pelajar dalam kalangan guru disiplin di Sekolah Menengah Kebangsaan daerah Segamat. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
180kB

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan amalan pengurusan disiplin pelajar dalam kalangan guru disiplin di Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Segamat berdasarkan aspek peraturan, hukuman dan pengurusan disiplin oleh guru disiplin di sekolah. Persampelan kajian melibatkan seramai 92 orang guru daripada Sekolah Menengah Kebangsaan di daerah Segamat. Kaedah tinjauan digunakan dalam menjalankan kajian manakala data diperoleh menggunakan kaedah soal selidik. Instrumen yang digunakan dalam soalselidik kajian ini ialah Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ). Nilai kebolehpercayaan alpha Cronbach bagi kajian ini ialah 0.960. Seterusnya, data yang diperolehi daripada kajian rintis yang dijalankan terhadap 10 orang guru. Perisian Statistical Package of Social Science (SPSS) 16.0 digunapakai untuk mengumpul, menyemak dan menganalisis data soal selidik dalam bentuk kekerapan, min, peratusan, sisihan piawai, ujian-t dan ANOVA Sehala. Melalui hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan adalah tinggi iaitu 3.70 manakala tahap amalan pengurusan disiplin pelajar dalam kalangan guru disiplin di Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Segamat yang dikaji juga menunjukkan nilai min yang tinggi iaitu 3.91. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan persepsi dan tahap pengetahuan dan amalan pengurusan disiplin pelajar signifikan dalam kalangan guru disiplin berdasarkan jantina dan tempoh perkhidmatan namun tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan kaum responden.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran)) - Universiti Teknologi Malaysia, 2012; Supervisor : Assoc. Prof. Dr. Yusof Boon
Uncontrolled Keywords:disiplin pelajar, kaedah tinjauan, Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ)
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions:Education
ID Code:32564
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:18 Feb 2014 08:40
Last Modified:27 Apr 2018 01:23

Repository Staff Only: item control page