Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap kefahaman guru mengenai konsep jirim

Mohamad Sani, `Ainul Basirah (2012) Tahap kefahaman guru mengenai konsep jirim. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
886kB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Kebanyakan konsep sains adalah abstrak, dan begitu juga dengan konsep jirim. Pemahaman konsep sains yang baik oleh guru adalah penting supaya pengajaran lebih berkesan dan mengelakkan kerangka alternatif dipindahkan kepada pelajar. Pengetahuan guru mengenai isi kandungan mata pelajaran membantu guru untuk mengaplikasikan ilmu yang hendak diajar bagi mengelakkan kerangka alternatif pelajar. Pengalaman mengajar seseorang guru memberi kesan kepada kefahaman mereka mengenai konsep-konsep sains. Maka, kajian ini dijalankan bagi mengkaji tahap kefahaman guru-guru sains mengenai konsep jirim berdasarkan tahap pendidikan, pengalaman mengajar, dan sama ada mengajar di sekolah rendah atau sekolah menengah. Responden terdiri daripada 84 guru sains di beberapa buah sekolah di daerah Skudai, Johor Bahru. Soal selidik digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini. Statistik deskriptif digunakan dalam kajian ini yang melibatkan pengiraan kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman guru sains mengenai konsep jirim dalam kajian ini adalah sederhana. Tahap kefahaman kumpulan guru yang memiliki sarjana mengenai konsep jirim adalah lebih baik daripada tahap kefahaman kumpulan guru yang memiliki ijazah. Guru yang lebih berpengalaman mempunyai kefahaman konsep jirim yang lebih baik daripada kumpulan guru yang mempunyai kurang pengalaman. Tahap kefahaman kumpulan guru yang mengajar di sekolah menengah adalah lebih baik daripada kumpulan guru yang mengajar di sekolah rendah. Beberapa implikasi daripada hasil kajian terhadap tahap kefahaman konsep jirim di kalangan guru sains diberikan berserta dengan cadangan-cadangan untuk kajian lanjutan dikemukakan.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Sarjana Pendidikan (Kimia)) - Universiti Teknologi Malaysia, 2012; Supervisor : Assoc. Prof. Dr. Mohammad Yusof Arshad
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:32558
Deposited By: Kamariah Mohamed Jong
Deposited On:17 Mar 2015 09:14
Last Modified:06 Sep 2017 03:59

Repository Staff Only: item control page