Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengelompokan data kajicuaca bagi peramalan taburan hujan

Dollah@Md. Zain, Rozilawati and Md. Sap, Mohd. Noor (2003) Pengelompokan data kajicuaca bagi peramalan taburan hujan. Jurnal Teknnologi Maklumat, 15 (2). ISSN 0128-3790

[img] PDF
969Kb

Abstract

Penganalisaan data kajicuaca merupakan satu tugas yang sangat penting tetapi sukar dan amat mencabar kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia (JPKM) ekoran penambahan jumlah data kajicuaca dari masa ke semasa. Hasil daripada penganalisaan tersebut akan digunakan untuk membuat keputusan dan juga peramalan taburan hujan pada masa akan datang. Di dalam proses peramalan taburan hujan, peramal mestilah mengenalpasti parameter kajicuaca manakah yang memberikan pengaruh yang besar kepada ketepatan atau prestasi peramalan taburan hujan. Salah satu cara untuk kenalpasti parameter tersebut ialah dengan melakukan pengelompokan ke atas data kajicuaca tersebut. Oleh yang demikian, kertas kerja ini membincangkan tentang perbandingan di antara dua teknik pengelompokan iaitu teknik peraturan kesatuan dan kaedah statistik di dalam mengelompokkan data kajicuaca bagi tujuan peramalan taburan hujan. Hasil kajian telah mendapati bahawa teknik peraturan kesatuan adalah lebih sesuai untuk digunakan di dalam pengelompokan data kajicuaca berbanding kaedah statistik. Selain daripada itu, penggunaan parameter data kajicuaca yang berada di dalam kelompok yang berlainan didapati telah memberikan prestasi peramalan taburan hujan yang lebih baik berbanding penggunaan parameter data kajicuaca yang berada di dalam kelompok yang sama.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pengelompokan, perlombongan data, peramalan, taburan hujan dan kajicuaca
Subjects:Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Divisions:Computer Science and Information System (Formerly known)
ID Code:3244
Deposited By: Mrs Rozilawati Dollah @ Md Zain
Deposited On:22 May 2007 03:59
Last Modified:09 Jun 2011 04:59

Repository Staff Only: item control page