Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pengelompokan data kajicuaca menggunakan teknik peraturan kesatuan

Dollah @ Md. Zain, Rozilawati and Md. Sap, Mohd. Noor and Bahari, Mahadi and Bakri, Aryati (2003) Pengelompokan data kajicuaca menggunakan teknik peraturan kesatuan. In: National Conference Management Science and Operations Research 2003, 24 - 25 June 2003, Century Mahkota Hotel, Melaka.

[img] PDF
259kB

Abstract

Penganalisaan data merupakan satu tugas yang penting bagi pihak Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia (JPKM), di mana ianya digunakan untuk membuat peramalan taburan hujan pada masa akan datang. Pengekstrakan maklumat yang berguna daripada pangkalan data di JPKM bagi tujuan penganalisaan ini menjadi sukar ekoran pertambahan jumlah data kajicuaca yang disimpan. Peramalan taburan hujan boleh diaplikasikan melalui operasi perlombongan data iaitu pengelompokan data. Kajian ini memberikan penumpuan kepada operasi pengelompokan data kajicuaca di mana hasil dari pengelompokan ini akan digunakan untuk melakukan peramalan taburan hujan. Hasil kajian ini menunjukkan pengelompokan data kajicuaca dengan menggunakan teknik peraturan kesatuan dapat membantu pihak peramal di JPKM untuk melakukan peramalan taburan hujan. Selain daripada itu, hasil kajian juga mendapati bahawa penggunaan kelompok data kajicuaca yang berlainan sebagai data input kepada proses peramalan taburan hujan telah memberikan prestasi peramalan yang lebih baik berbanding dengan penggunaan kelompok data kajicuaca yang sama.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:perlombongan data, pengelompokan, penganalisaan data, peraturan kesatuan dan peramalan taburan hujan
Subjects:Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Divisions:Computer Science and Information System
ID Code:3243
Deposited By: Mrs Rozilawati Dollah @ Md Zain
Deposited On:24 May 2007 00:09
Last Modified:09 Feb 2012 03:20

Repository Staff Only: item control page