Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan kaedah statistik di dalam pengelompokan data kajicuaca bagi meramal taburan hujan

Dollah @ Md. Zain, Rozilawati and Md. Sap, Mohd. Noor and Bahari, Mahadi and Bakri, Aryati (2003) Penggunaan kaedah statistik di dalam pengelompokan data kajicuaca bagi meramal taburan hujan. In: Seminar Kebangsaan Sains Pemutusan 2003, 15 - 16 Oktober 2003, Langkawi Seaview Hotel, Langkawi, Kedah.

[img] PDF
222kB

Abstract

Meramal cuaca merupakan satu tugas yang kompleks dan sukar bagi pihak Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca Malaysia (JPKM) ekoran pertambahan data kajicuaca di dalam pangkalan data. Di antara parameter-parameter data kajicuaca yang disimpan, taburan hujan merupakan parameter yang paling sukar diramal kerana ia melibatkan pelbagai parameter data kajicuaca seperti taburan hujan, suhu, kelajuan angin, tekanan, kelembapan dan sebagainya. Salah satu cara yang boleh diaplikasikan untuk meramal taburan hujan adalah melalui pengelompokan parameter data kajicuaca dengan menggunakan kaedah statistik. Kajian ini memberikan penumpuan kepada operasi pengelompokan data kajicuaca di mana hasil dari pengelompokan ini akan digunakan sebagai input untuk meramal taburan hujan. Hasil kajian ini menunjukkan pengelompokan data kajicuaca dengan menggunakan kaedah statistik dapat membantu pihak peramal di JPKM untuk melakukan peramalan taburan hujan. Di samping itu, hasil kajian juga telah mendapati bahawa penggunaan kelompok data kajicuaca yang berlainan sebagai data input kepada proses peramalan taburan hujan telah memberikan prestasi peramalan yang lebih baik berbanding dengan penggunaan kelompok data kajicuaca yang sama.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:taburan hujan, pengelompokan, penganalisaan data, kaedah statistik, peramalan
Subjects:H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Divisions:Computer Science and Information System
ID Code:3242
Deposited By: Mrs Rozilawati Dollah @ Md Zain
Deposited On:23 May 2007 14:49
Last Modified:30 Aug 2017 06:47

Repository Staff Only: item control page