Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kepimpinan Pengetua/Guru Besar dan kepuasan kerja guru di dua buah Sekolah Berprestasi Tinggi di Johor Bahru

Abd. Rahman, Sharifah Eaisah (2012) Kepimpinan Pengetua/Guru Besar dan kepuasan kerja guru di dua buah Sekolah Berprestasi Tinggi di Johor Bahru. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat gaya kepimpinan pengetua/guru besar dan hubungannya dengan tahap kepuasan kerja guru di dua buah sekolah berprestasi tinggi di Johor Bahru. Instrumen kajian yang digunakan telah disesuaikan daripada Teng Chuan Wan (1995) untuk melihat persepsi guru terhadap gaya kepimpinan pengetua/guru besar, manakala tahap kepuasan kerja pula adalah disesuaikan daripada Roslan Atan (2005) untuk melihat tahap kepuasan kerja guru. Seramai 119 responden daripada dua buah sekolah berprestasi tinggi di Johor Bahru telah dipilih dan terlibat sebagai responden. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 17. Analisis statistik yang digunakan ialah analisis deskriptif untuk melihat peratusan dan min skor. Manakala analisis Kolerasi Pearson digunakan untuk melihat hubungan yang signifikan di antara variabel. Aras signifikan yang digunakan ialah 0.05. Kajian ini juga mendapati gaya kepimpinan pengetua / guru besar lebih cenderung kepada amalan kepimpinan yang berorientasikan tugas. Manakala gaya kepimpinan yang berorientasikan perhubungan/pekerja telah tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dengan tahap kepuasan kerja guru. Kajian juga mendapati tahap kepuasan kerja guru menunjukkan min skor yang diperolehi sangat tinggi.

Item Type:Thesis (Masters)
Additional Information:Thesis (Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran)) - Universiti Teknologi Malaysia, 2012; Supervisor : Dr. Khadijah Daud
Uncontrolled Keywords:kepuasan kerja, daya kepimpinan, sekolah berprestasi tinggi
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
Divisions:Education
ID Code:32236
Deposited By: Narimah Nawil
Deposited On:13 Sep 2013 04:00
Last Modified:27 May 2018 07:42

Repository Staff Only: item control page