Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penilaian Kualiti Servis Sistem Maklumat Menggunakan Teknik Analisis Koresponden

Abdul Rahman, Azizah and Alias, Rose Alinda and Bakri, Aryati and Maulud, Ani (2002) Penilaian Kualiti Servis Sistem Maklumat Menggunakan Teknik Analisis Koresponden. Jurnal Teknologi Maklumat, 14 (1). p. 46. ISSN 0128-3790

[img] PDF
171kB

Abstract

Membekalkan servis sistem maklumat (SM) yang terbaik adalah antara isu yang penting dalam memangkin perubahan dalam sesebuah organisasi. Kajian ini bertujuan menjelajahi pengertian Kualiti Servis Sistem Maklumat (KSSM) menggunakan Teknik Analisis Koresponden dengan mengenal pasti elemen-elemen yang perlu diambil kira dalam program penambahbaikan kualiti. Analisis Koresponden digunakan untuk mengupas maklum-balas daripada pembekal dan pengguna sistem maklumat. Antara elemen-elemen yang mempengaruhi KSSM adalah seperti budaya organisasi, pengurusan sumber manusia, komunikasi, kualiti hasil dan kepuasan pengguna. Elemen-elemen ini boleh dikelompokkan kepada empat kategori iaitu staf, pengurusan, perancangan dan kualiti luaran. Kajian mendapati Teknik Analisis Koresponden sesuai digunakan untuk menganalisis KSSM secara kuantitatif menggunakan data kualitatif. Teknik ini boleh menjadi pelengkap kepada penyelidikan yang dilakukan secara kualitatif.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Sistem maklumat, servis sistem maklumat, kualiti servis dan Analisis Koresponden
Subjects:Q Science > Q Science (General)
Divisions:Computer Science and Information System
ID Code:3185
Deposited By: Norazlizafarah Anuar
Deposited On:24 May 2007 00:14
Last Modified:01 Nov 2017 04:17

Repository Staff Only: item control page