Ibrahim, Siti Nurkhadijah Aishah and Selamat, Ali Analisa keberkesanan sistem penyelarasan belanjawan projek pembangunan perisian. Technical Report FSKSM, UTM . (Unpublished)
Abstract
Pada masa kini terdapat pelbagai perisian digunakan untuk membuat pengiraan anggaran projek pembangunan perisian. Kebiasaannya organisasi yang terlibat dengan projek pembangunan perisian akan menggunakan perisian tersebut untuk memudahkan mereka menganggarkan bajet sesebuah projek pembangunan perisian yang dilaksanakan. Namun begitu, dengan wujudnya pelbagai model anggaran menyebabkan pengurus projek sukar menentukan model yang sesuai digunakan oleh organisasi untuk membuat pengiraan anggaran bajet projek pembangunan perisian. Oleh itu, satu perisian dikenali sebagai Sistem Penyelarasan Belanjawan Projek Pembangunan Perisian (SPBPPP) telah dibangunkan menggunakan Model Rekabentuk Awalan yang terdapat dalam Constructive Cost Model (COCOMO) 2.0. SPBPPP dibangunkan secara prototaip kerana model prototaip mempunyai beberapa kelebihan selain perisian dapat dibangunkan dengan cepat. Setiap model, teknik dan kaedah yang digunakan dalam SPBPPP ini telah diuji dan dapat memenuhi keperluan pengiraan anggaran projek pembangunan perisian dan memudahkan pengurus projek membuat pengiraan anggaran awalan projek pembangunan perisian yang akan dilaksanakan
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Constructive Cost Model (COCOMO) 2.0, SESDP, estimation, early design model, prototype |
| Subjects: | Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software |
| Divisions: | Computer Science and Information System |
| ID Code: | 3134 |
| Deposited By: | Dr Ali Selamat |
| Deposited On: | 25 Oct 2007 01:39 |
| Last Modified: | 01 Jun 2010 03:07 |
Repository Staff Only: item control page

