Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Analisa keberkesanan sistem penyelarasan belanjawan projek pembangunan perisian

Selamat, Ali and Lim, Yee Way Analisa keberkesanan sistem penyelarasan belanjawan projek pembangunan perisian. Technical Report, FSKSM, UTM . (Unpublished)

[img] PDF
185Kb

Abstract

Dengan perkembangan teknologi maklumat yang kian mendadak, proses carian maklumat dalam internet menjadi satu kerja yang susah dan memakan masa. Enjin carian seperti Google, LookSmart, Altavista dan Yahoo! Telah diperkenalkan dan digunakan untuk memudahkan proses carian maklumat dalam internet. Web crawler adalah komponen yang sangat penting kepada enjin carian dan digunakan sebagai agen untuk mencari sumber maklumat dalam internet. Namun, web crawler menghadapi beberapa masalah seperti keputusan carian yang dijanakan olehnya adalah kurang tepat, tidak terkini, masalah limpahan makumat (overload) dalam penyimpanan maklumat yang diperolehi oleh agen ke dalam pangkalan data dan tidak mempunyai perhubungan antara pengguna dengan web crawler. Selain itu, web crawler tidak dapat mencapai laman web tertentu. Oleh sebab itu, satu Web Crawler pintar yang bernama UtmCrawler diperkenalkan untuk mengatasi dua masalah utama iaitu masalah overload dalam penyimpanan maklumat ke dalam pangkalan data dan keputusan carian yang dijanakan adalah kurang tepat. UtmCrawler akan mengembangkan kata kunci carian yang dimasukkan oleh pengguna dengan menggunakan teknik agoritma genetik (GA) supaya hasil carian yang dijana oleh UtmCrawler mempunyai nilai precision yang tinggi. Proses carian UtmCrawler dilakukan tanpa menggunakan latihan dan Relevance Feedback (RF) bagi mencapai keputusan carian yang berkesan. Kesimpulannya, dengan adanya UtmCrawler ini pengguna akan mendapatkan maklumat yang lebih tepat.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Web crawler, algoritma genetik, search engine, agent, precision
Subjects:Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
Divisions:Computer Science and Information System (Formerly known)
ID Code:3132
Deposited By: Dr Ali Selamat
Deposited On:25 Oct 2007 01:27
Last Modified:01 Jun 2010 03:07

Repository Staff Only: item control page