Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan persekitaran pembelajaran inkuiri untuk pendidikan tertier dan pengujian keberkesananya

Rosli, Mohd. Shafie and Aris, Baharuddin and Yahaya, Noraffandy (2012) Pembangunan persekitaran pembelajaran inkuiri untuk pendidikan tertier dan pengujian keberkesananya. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, 2 (1). pp. 23-35. ISSN 2289 1366

Full text not available from this repository.

Official URL: http://dms.library.utm.my:8080/vital/access/manage...

Abstract

Kajian ini melibatkan proses merekabentuk, membangunkan serta menilai keberkesanan NucTech terhadap pelajar diperingkat universiti. NucTech merujuk kepada bahan pengajaran yang dibina berasaskan kepada teori pembelajaran konstruktif dan berlandaskan kepada strategi pembelajaran inkuiri. Proses pembelajaran inkuiri yang diaplikasikan oleh NucTech pula adalah berpandukan kepada Model Proses Pembelajaran Inkuiri. Keberkesanan NucTech dalam mempertingkatkan kefahaman sampel terhadap domain Radiokimia telah diuji menggunakan kaedah kajian pra – eksperimental. Seramai 10 sampel telah dilibatkan dalam kajian ini. Keputusan Ujian Pasangan Berpadanan Wilcoxon menunjukkan bahawa penggunaan NucTech telah meningkatkan pencapaian sampel dalam subjek Radiokimia. Manakala, keputusan Ujian Analisis Kovarians Quade pula menunjukkan bahawa tahap intellektual sampel mempengaruhi skor ujian pra tetapi tidak mempengaruhi skor ujian pasca sampel.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:NucTech, pra–eksperimental
Subjects:L Education
Divisions:Education
ID Code:31103
Deposited By: Fazli Masari
Deposited On:18 Jun 2014 04:25
Last Modified:17 Mar 2019 04:02

Repository Staff Only: item control page