Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Analisa Peramalan Keluaran Barangan Getah Malaysia

Wan Mohamad, Wan Nor Farhana and Mohd. Azmi, Nurulhuda Firdaus and Haron, Habibollah and Ngah, Mustapha (2006) Analisa Peramalan Keluaran Barangan Getah Malaysia. In: Seminar Kebangsaan Sains Kuantatif 2006, 19-21 Disember 2006, Langkawi Kedah, Malaysia.

[img] PDF
253kB

Abstract

Getah merupakan salah satu hasil utama Malaysia yang banyak menyumbangkan kepada pendapatan negara. Namun begitu penanaman getah di Malaysia dewasa ini menunjukan kadar penurunan yang ketara di sebabkan perkembangan pesat sektor perindustrian yang menjanjikan peluang seta taraf hidup yang lebih baik kepada penduduk. Oleh yang demikian, projek ini dijalankan bertujuan melakukan analisa peramalan dan mengenalpasti samaada kesan pengurangan kadar penanaman dan pengeluaran getah ini mempengaruhi ekonomi negara atau sebaliknya. kajian ini melibatkan empat belas pembolehubah spanjang 21 tahun bermula dari tahun 1982 sehingga 2002 (82 data) yang merangkumi jumlah pengeluaran dan eksport barangan getah Malaysia(tan) serta import dan eksport barangan getah bagi enam sektor prodak iaitu Tyres, Inner Tuber, Latex Goods, Footwear, Industrial Rubber Goods, dan General Rubber Goods ( Ringgit Malaysia)Hasil yang dijana adalah terdiri daripada tiga tahun tempoh peramalan, yakni dari 2003 sehingga 2005. Pendekatan teknik peramalan yang akan diaplikasikan dalam projek ini ialah Metodologi Box-Jenkins, sementara perisian yang akan didunakan pula ialah Microsoft Excal dalam persekitaran windows dan Pekej STATISTICA versi 6.0. Justeru, diharapkan analisa peramalan ini dapat membantu pihak Lembaga Getah Malaysia dalam mengembangkan dan memajukan sektor petanian dan industri barangan getah negara pada masa akan datang.

Item Type:Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords:Peramalan Metodolagi Box-Jenkins
Subjects:G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
Divisions:Computer Science and Information System
ID Code:3074
Deposited By: Norazlizafarah Anuar
Deposited On:29 Aug 2017 06:27
Last Modified:29 Aug 2017 06:27

Repository Staff Only: item control page