Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Sebatian organologam di dalam alam sekitar: prinsip dan tindak balas

Wan Abu Bakar, Wan Azelee (Penterjemah) and Ali, Rusmidah (Penterjemah) (1994) Sebatian organologam di dalam alam sekitar: prinsip dan tindak balas. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 83–52–0018–1

[img]
Preview
PDF
59kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Sekarang banyak sebatian dengan ikatan logam ke karbon telah dikenalkan ke dalam alam sekitar sebagai hasil-hasil perdagangan, menambahkan kepada sebatian yang terbentuk secara proses semula jadi. Oleh itu, kimia organologam sekitaran menjadi semakin penting sebagai satu perkara bagi kepentingannya sendiri. Ini merupakan teks pertama untuk dibincangkan dalam satu jilid kimia organologam sekitaran sebagai satu skop mata pelajaran yang padu dan mudah difahami, dan jilid ini mengumpulkan sumbangan daripada penyelidik terkemuka seluruh dunia. Perbincangan penuh bagi aspek teori yang berkaitan menempatkan skop dalam konteksnya sebagai satu disiplin dalam bidang kimia organologam yang lebih luas. Pengenalannya meringkaskan dan menyelidik sifat sebatian organologam yang berkaitan dengan kelakuan dan kesannya dalam alam sekitar. Bab berikutnya meliputi unsur-unsur yang mana terbitan organologam adalah tersangat penting dalam konteks sekitaran; dan terdapat ringkasan sifat polimer organologam sekitaran yang penting. Pembentukan semula jadi organologam daripada pelopor tak organik di bawah keadaan sekitaran juga dibincangkan secara terperinci. Tema pelapis penting mengikuti kerja ini adalah ketoksikan bagi pertambahan kuantiti sebatian organologam yang memasuki alam sekitar sekarang. Penyelidik-penyelidik dalam bidang sebatian organologam dan kesannya terhadap sekitaran, serta mereka yang berminat dalam kimia organologam dan sekitaran, umumnya, akan mengalu-alukan kerja ini sebagai kajian yang senang diceburi dan luas bagi pengkhususan yang sedang berkembang kepentingannya. Ia juga akan menjadi buku sumber yang tidak ternilai untuk pensyarah yang mengajar kursus-kursus pada peringkat sarjana muda atau sarjana dalam kimia gunaan, analisis, industri, organologam atau alam sekitar, umumnya dalam sains alam sekitar, dan untuk pelajar sarjana atau sarjana muda yang melakukan projek penyelidikan dalam skop ini.

Item Type:Book
Subjects:Q Science > QD Chemistry
Divisions:Science
ID Code:30435
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:18 Apr 2013 03:51
Last Modified:12 Feb 2017 04:19

Repository Staff Only: item control page