Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kimia organologam

Ali, Rusmidah and Wan Abu Bakar, Wan Azelee (1998) Kimia organologam. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 983–52–0109–9

[img]
Preview
PDF
21kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Dalam Buku ini pembaca diperkenalkan dengan satu cabang ilmu kimia organologam iaitu kimia bagi sebatian yang mengandungi unsur logam yang berikatan terus dengan atom karbon pada ligan. Bidang ini mengaitkan dua bidang kimia iaitu kimia tak organik dan kimia organik yang mana ilmu pengetahuan dalam kedua-dua bidang diperlukan untuk memahami dengan lebih jelas bidang ini. Tajuk-tajuk meliputi pengenalan asas kepada sebatian organologam yang meliputi latar belakang, penamaan, pengkelasan sebatian organologam. Seterusnya penyediaan, struktur dan tindak balas beberapa sebatian organologam terpilih dikemukakan. Akhir sekali pembaca didedahkan kepada sebatian organologam dalam industri yang berkaitan dengan kehidupan kita seharian dalam menangani masalah dalam bidang pertanian, penternakan, pengawetan kayu, perubatan dan sebagainya. Penulis mengharapkan dengan terbitnya buku ini, dapat menambahkan bilangan buku dalam Bahasa Melayu peringkat tinggi di pasaran bagi kegunaan pelajar-pelajar tahun tiga di Universiti.

Item Type:Book
Subjects:Q Science > QD Chemistry
Divisions:Science
ID Code:30417
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:18 Apr 2013 04:26
Last Modified:12 Feb 2017 01:45

Repository Staff Only: item control page