Sahar, Md. Rahim (1996) Gelombang bunyi dan optik. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 983–52–0034–3
|
PDF
23kB |
Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...
Abstract
Buku ini ditulis untuk memenuhi tuntutan mengisi ruang yang masih kosong dalam usaha menambah khazanah penulisan buku ilmiah dalam Bahasa Melayu. Walaupun buku ini ditujukan khas kepada penuntut sains dan kejuruteraan dalam peringkat diploma namun penuntut pada peringkat yang lebih tinggi juga digalakkan untuk memanfaatkannya. Isi kandungan yang dimuatkan adalah begitu mudah untuk difahami. Ini ditambah pula dengan beberapa contoh soalan yang sengaja diolah bagi pemahaman yang berterusan. Buku ini didokongi oleh tiga bahagian utama. Pada bahagian pertama, pengertian gelombang diperjelaskan dengan begitu mendalam. Ini dirasakan penting kerana penguasaan bahagian ini boleh digunakan bagi memahami bahagian seterusnya. Pengertian bunyi dan beberapa sifat asasnya dijelaskan dalam bahagian kedua manakala konsep interferens, pembelauan dan pengutuban dihidangkan di bahagian ketiga.
Item Type: | Book |
---|---|
Subjects: | Q Science > QC Physics |
Divisions: | Science |
ID Code: | 30407 |
Deposited By: | Liza Porijo |
Deposited On: | 18 Apr 2013 04:36 |
Last Modified: | 12 Feb 2017 03:53 |
Repository Staff Only: item control page