Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Elektronik untuk mekanik motor (UTM – Renong)

Ahmad, Mohamad Noh (Penterjemah) and Mohd. Jaafar, Mohamad Nazri (Penterjemah) and Ramli, Yahaya (Penterjemah) and Stackpoole, Les and Morrison, Mal and Gregory, Alan (1997) Elektronik untuk mekanik motor (UTM – Renong). Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 983–52–0101–3

[img]
Preview
PDF
83kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Sistem automotif dan elektronik kini telah pun digabungkan. Kaedah senggaraan dan servis juga turut berubah. Dengan itu, para mekanik diwajibkan memahami sistem elektronik yang digunakan. Cara kerja sebelum ini seperti ‘mengagak’ dan ‘mencuba’ sudah ketinggalan zaman dan mungkin memudaratkan lagi kenderaan. Mekanik atau juruteknik yang tidak dapat menguasai sistem moden mungkin kehilangan pelanggan yang berpindah kepada mekanik terlatih. Elektronik untuk Mekanik Motor ditulis dengan harapan menjadi bahan rujukan dan sumber pengetahuan lanjutan untuk perantis moden atau mekanik yang kurang arif tentang sistem elektronik. Walau bagaimanapun, buku ini tidak memberikan perbincangan yang terlalu terperinci, sebaliknya cuba memaparkan pemahaman secara menyeluruh tentang bagaimana sistem elektronik telah mengubah operasi sistem automotif. Kaedah kawalan untuk beberapa sistem yang popular dijelaskan dengan teliti. Setiap penjelasan disusun agar dapat mengaitkan langkah-langkah servis lazim dan meluaskan lagi pengetahuan yang diperlukan untuk memahami operasi sistem. Buku ini bukanlah manual senggaraan tetapi lebih merupakan bahan tambahan kepada manual servis dan senggaraan yang dibekalkan oleh pembuat atau pengilang automotif. Dengan ini, para mekanik dapat memahami kerja-kerja senggaraan yang perlu dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan. Ciri-ciri utama buku ini mudah dibaca, maklumat terkini dan tepat, perkara yang sukar mudah difahami, memaparkan pelbagai ilustrasi komponen dan sistem dan tidak terhad untuk sesebuah kenderaan sahaja.

Item Type:Book
Subjects:T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions:Mechanical Engineering
ID Code:30271
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:16 Apr 2013 08:17
Last Modified:02 Aug 2017 01:51

Repository Staff Only: item control page