Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Bahan kejuruteraan

Hashim, Jasmi (Penterjemah) and John, V. B. (1995) Bahan kejuruteraan. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 983–068–078–9

[img]
Preview
PDF
19kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Sudah menjadi prasyarat bagi seseorang jurutera memperoleh pengetahuan tentang sains bahan sehingga menjadikan sains ini sangat penting bagi kursus asas kejuruteraan peringkat ijazah. Justeru itu, kami dengan bangganya menerbitkan edisi Melayu daripada edisi asalnya, Engineering Materials. Buku ini diterbitkan untuk dimanfaatkan oleh pelajar jurusan kejuruteraan yang mengambil subjek ini sebagai kursus profesional. Selanjutnya, buku ini juga sangat membantu bagi mereka yang menjurus dalam bidang sains am. Bagi mencapai objektif ini, penulis telah menyusun buku ini dengan memasukkan pelbagai topik untuk menepati keperluan kurikulum pelbagai institusi. Kaedah penyampaian juga disesuaikan bagi menepati keperluan pembaca. Subjek ini ditawarkan dalam kursus tahun pertama di sesetengah institusi dan kursus tahun kedua di institusi lain. Untuk memudahkan pembaca, buku ini dilengkapkan dengan nota pada permulaan setiap bab. Soalan dan jawapan juga disediakan pada hujung bab diikuti dengan contoh dan cara penyelesaian. Buku ini direka bentuk untuk membantu pelajar memahami subjek ini dengan sebaik-baiknya dan meningkatkan tahap penguasaan bukan sahaja kepada pelajar malah kepada mereka yang mempraktikkannya setiap hari dalam pekerjaan mereka.

Item Type:Book
Subjects:T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions:Mechanical Engineering
ID Code:30268
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:16 Apr 2013 08:17
Last Modified:12 Feb 2017 03:57

Repository Staff Only: item control page