Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Rencam bersimen bertetulang gentian

Hussin, Mohd. Warid (Penterjemah) and Zakaria, Fadhadli (Penterjemah) and Salleh, Othaman (Penterjemah) and Mohamad, Mohd. Sazali (Penterjemah) (2000) Rencam bersimen bertetulang gentian. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 983–52–0183–8

[img]
Preview
PDF
58kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini beberapa perkembangan telah berlaku dalam bidang simen bertetulang gentian. Gentian-gentian baru telah diubah suai untuk boleh digunakan dalam matriks simen dan hasilnya, rencam berkenaan boleh ‘ditempah’ untuk pelbagai penggunaan di mana sistem bersimen lazim adalah terhad. Buku ini meliputi prinsip asas saintifik bagi bahan-bahan berkenaan di samping memberi penerangan dan huraian sifat-sifat sistem khusus yang disediakan dengan gentian yang berbeza jenisnya seperti keluli, kaca, asbestos, polipropilena, gentian asli dan beberapa jenis gentian polimer berprestasi tinggi. Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama buku ini meliputi perlakuan intensif daripada mekanik bagi matriks rapuh gentian tetulang dan implikasinya bagi sistem bersimen dengan mengambil kira mikrostruktur pukal dan antara muka khusus. Bahagian kedua menghuraikan berbagai-bagai jenis rencam gentian simen, dari segi proses pengeluaran, sifat-sifat fizikal dan mekanik, ketahanlasakan dan penggunaan. Ciri-ciri ini dibincang dalam sebutan prinsip asas yang mempengaruhi kelakuan rencam, oleh itu membekalkan pembaca dengan maklumat yang penting bagi kegunaan kejuruteraan di samping memberi latar belakang yang betul untuk menentukan pengembangan akan datang. Buku ini memasukkan senarai rujukan yang terkini, jadual yang banyak bagi menghuraikan sifat-sifat kejuruteraan bagi sistem yang berbeza dan mikrograf. Rencam Bersimen Bertetulang Gentian akan menjadi kegemaran kepada pengamal yang terlibat dalam teknologi konkrit moden dan juga berguna kepada para akademik, penyelidik, dan pelajar siswazah.

Item Type:Book
Subjects:T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions:Civil Engineering
ID Code:30227
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:17 Apr 2013 00:45
Last Modified:12 Feb 2017 00:43

Repository Staff Only: item control page