Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Mahasiswa dan Universiti

Ninggal, Mohd. Tajudin (2011) Mahasiswa dan Universiti. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 978–983–52–0804–1

[img]
Preview
PDF
16kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Mahasiswa suatu ungkapan yang ingin dicapai oleh ramai individu yang inginkan kejayaan dalam hidup. Manakala "universiti" pula suatu tempat yang ingin mereka tuju dalam suatu jangkamasa dalam kehidupan mereka. Justeru, mahasiswa dan universiti tidak dapat dipisahkan. Saling kait keduanya, ibarat aur dengan tebing. Namun, menjalani kehidupan di kampus tidak semudah seperti yang disangka. Pelbagai cabaran dan rintangan perlu dihadapi oleh setiap mahasiswa yang inginkan kejayaan. Justeru, penerbitan karya berjudul Mahasiswa dan Universiti ini dipertaruhkan menjadi panduan bagi mahasiswa baru bersedia dari aspek mental, psikologi dan kemahiran belajar. Mahasiswa dan Universiti ini memberi panduan bagaimana seseorang mahasiswa membina keyakinan diri, melonjakkan potensi diri, berhadapan dengan para profesor dan seterusnya menjadi seorang mahasiswa yang cemerlang. Mahasiswa dan Universiti disirati dengan pandangan ikhlas daripada seorang pendidik yang sentiasa ingin melihat mahasiswanya meneroka segala potensi yang ada dalam diri mereka. Mahasiswa dan Universiti juga diharapkan dapat menyelami pemikiran dan perasaan mahasiswa apabila mereka mula menjalani kehidupan baru di kampus. Bahkan diharapkan dapat menjadi antara buku yang terawal dibaca sejak bergelar mahasiswa dan akan terus menjadi pedoman dalam kehidupan mereka sepanjang menjalani pengajian di universiti yang indah ini. Semoga buku ini juga akan sentiasa menjadi rakan bestari mahasiswa dalam proses pembentukan diri yang lebih cemerlang.

Item Type:Book
Subjects:H Social Sciences
Divisions:Others
ID Code:30159
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:15 Apr 2013 02:01
Last Modified:05 Feb 2017 00:54

Repository Staff Only: item control page