Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Sistem terbenam dengan mikropemproses 68000

Ahmad Zabidi, Muhammad Mun’im (2011) Sistem terbenam dengan mikropemproses 68000. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 978–983–52–0801–0

[img]
Preview
PDF
35kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Sistem terbenam ialah sistem komputer yang direka untuk melakukan suatu tugas tertentu dan merupakan sebahagian daripada peralatan. Terdapat pelbagai sistem terbenam, iaitu daripada yang mudah alih seperti jam tangan dan telefon bimbit sehinggalah kepada yang besar dan kompleks seperti robot industri dan lampu trafik. Sistem terbenam amnya dikawal oleh mikropemproses. Terdapat banyak pilihan mikropemproses untuk sistem terbenam berbanding dengan komputer peribadi dan pelayan. Mikropemproses 68000 direka dan dipasarkan oleh Freescale Semiconductor (asalnya Motorola Semiconductor Products Sector). Mikropemproses 16/32 bit ini mempunyai set suruhan kemas yang amat sesuai bagi memperkenalkan bakal jurutera kepada pengaturcara bahasa himpunan. Mikropemproses ini juga mempunyai ciri perkakasan yang ideal bagi mempelajari konsep pengantaramukaan. Buku ini dimulakan dengan pengenalan sistem terbenam dan mikropemproses 68000. Seterusnya, prinsip pengaturcaraan bahasa himpunan diliputi dengan mendalam. Ini diikuti oleh bab berkenaan perkakasan dan pengaturcaraan. Selanjutnya, kandungan buku ini diakhiri dengan bab mengenai pembinaan suatu sistem terbenam secara amali.

Item Type:Book
Subjects:T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions:Electrical Engineering
ID Code:30136
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:15 Apr 2013 02:27
Last Modified:02 Feb 2017 05:38

Repository Staff Only: item control page