Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Menghayati budaya ilmu: faham ilmu, amalan dan panduan edisi ke–2 (kulit keras)

Ujang, Zaini (2009) Menghayati budaya ilmu: faham ilmu, amalan dan panduan edisi ke–2 (kulit keras). Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 978–983–52–0713–6

[img]
Preview
PDF
68kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Buku ini ditujukan khusus kepada semua mahasiswa. Judul buku ini ialah Menghayati Budaya Ilmu: Faham Ilmu, Amalan dan Panduan sebagai salah satu tema utama memajukan universiti bagi menjadi universiti terbaik. Konsep dan frasa ‘budaya ilmu’ mula diperkenalkan oleh Prof. Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud (1988) menerusi risalah berjudul Budaya Ilmu: Konsep, Prasyarat dan Perlaksanaan di Malaysia. Menurut tafsiran beliau, budaya ilmu ialah kewujudan suatu keadaan setiap lapisan masyarakat melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dengan kegiatan–kegiatan keilmuan pada setiap kesempatan; dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik pada tahap individu atau masyarakat, ditentukan dan diputuskan serta dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan. Konsep tersebut terus dikembang dan dibahaskan secara lebih terperinci dalam penulisan beliau kemudiannya. Justeru, buku ini diterbitkan bukan bertujuan untuk memberi definisi dan dimensi baru tentang budaya ilmu. Sebaliknya, untuk mengumpulkan semula pandangan dan dimensi berkaitan konsep, nilai dan amalan ilmu dalam konteks untuk memperkasakan budaya ilmu di universiti. Secara lebih spesifik, buku ini diharap dapat dijadikan panduan oleh seluruh mahasiswa untuk turut sama menyubur dan menyemarakkan lagi amalan budaya ilmu dalam kehidupan harian.

Item Type:Book
Subjects:H Social Sciences
Divisions:Others
ID Code:30085
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:15 Apr 2013 04:39
Last Modified:05 Feb 2017 03:52

Repository Staff Only: item control page