Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Memperkasa budaya ilmu : konsep & amalan

Ujang, Zaini (2009) Memperkasa budaya ilmu : konsep & amalan. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 978–983–52–0702–0

[img]
Preview
PDF
55kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Universiti adalah sinonim kepada menara gading dan gedung ilmu. Universiti sarat dengan perjuangan dan idealisme. Penubuhan sesebuah universiti, khususnya UTM mempunyai sejarah yang menginsafkan kita semua. Justeru, amanah ini merupakan suatu tanggungjawab besar yang perlu dipikul secara kolektif. Tradisi kegemilangan intelektual mestilah berteraskan pandangan hidup (weltanschauung) dan nilai–nilai universal yang tidak berlawanan dengan semangat Kerana Tuhan Untuk Manusia. Pengintegrasian nilai–nilai ini membolehkan fakulti intelek, rohani, emosi dan jasmani dapat direalisasikan dalam pembentukan peradaban manusia dan dunia keseluruhannya. Kita berdoa agar perjuangan kita semua untuk memartabatkan universiti dan budaya ilmu itu akan mendapat keredaan dari Allah s.w.t. Justeru itu, saya berharap buku ini dapat dijadikan panduan dan gagasan agar kita semua bergerak dalam dunia akademik pengajian tinggi secara teratur dan sistematik. Kita perlu melihat kelemahan masa lalu sebagai suatu ‘koreksi’ dan muhasabah diri untuk kita memperbetulkan tindakan secara strategik. Kita juga perlu melihat dari segi keutamaan melaksanakan tanggungjawab utama kita untuk memperkasa budaya ilmu di UTM. Sesungguhnya usaha memartabatkan ilmu adalah perjuangan yang tiada noktah. Usaha–usaha pemikir terdahulu seperti Raja Ali Haji, Munshi Abdullah dan Pendeta Za’ba tidaklah keseorangan. Sumbangan intelektual mereka sentiasa dikenang sepanjang zaman. Saya ingin akhiri penulisan buku ini dengan memetik tulisan Za’ba dalam akhbar Lembaga Melayu bertarikh 6 November 1919, iaitu “Saya ini satu daripada mereka yang belayar dalam bahtera yang baru (untuk menempa kejayaan). Saya yakin bahawa yang saya naiki ialah sebaik–baik bahtera zaman ini”.

Item Type:Book
Subjects:Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z004 Books. Writing. Paleography
Divisions:Others
ID Code:30081
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:15 Apr 2013 04:43
Last Modified:05 Feb 2017 03:45

Repository Staff Only: item control page