Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Organisasi maklumat

Salim, Juhana and Othman, Mohd. Shahizan and Len, Ten Moi (2008) Organisasi maklumat. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 978–983–52–0456–2

[img] PDF (Table Of Content)
11kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Organisasi maklumat bermula sebaik sahaja manusia mencipta bahasa dan menggunakannya bagi membolehkan maklumat disebarkan daripada seseorang kepada yang lain. Buku ini memberi penerangan menyeluruh mengenai bidang organisasi maklumat dengan memberi penekanan kepada maklumat atau pengetahuan yang telah pun direkod. Memandangkan maklumat boleh direkod dalam pelbagai jenis media, seseorang yang ingin memperolehi pengetahuan dan kemahiran mengorganisasi maklumat perlu mengetahui jenis, kegunaan dan keperluan untuk mengorganisasinya. Proses mengorganisasi sumber maklumat tidak lengkap jika tidak mengelaskannya. Menurut proses pengelasan, setiap bahan diberi satu nombor unik untuk menentukan lokasinya di rak. Buku ini turut mengenal pasti prinsip utama dan amalan berhubung dengan mendeskripsikan sumber maklumat. Prinsip asas klasifikasi terutamanya bagaimana mengkategori sumber maklumat mengikut bidang pengetahuan dan subjek khusus turut dibincangkan. Aspek lain seperti proses pengindeksan automatik dan pengorganisasian fail juga dihuraikan. Beberapa cadangan untuk memperbaiki sistem dalam talian turut dikemukakan. Antaranya aspek reka bentuk sistem sebagai penghubung rekod metadata untuk pakej maklumat yang ada dalam satu-satu domain.

Item Type:Book
Subjects:Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Divisions:Computer Science and Information System
ID Code:30055
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:11 Apr 2013 02:47
Last Modified:11 Apr 2013 02:47

Repository Staff Only: item control page