Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Perintah segala Raja-Raja (Majlis Aceh)

Jusoh, Yahaya (Penyelenggara) and Jasmi, Kamarul Azmi (Penyelenggara) (2007) Perintah segala Raja-Raja (Majlis Aceh). Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 978–983–52–0421–0

[img]
Preview
PDF (Synopsis & ToC)
32kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Buku ini ialah hasil tulisan transliterasi daripada manuskrip Majlis Aceh yang asal bertajuk Ma Bayyana al–Salatin yang bermaksud Perintah Segala Raja-Raja. Manuskrip ini telah disalin secara sempurna oleh Isma’il bapa Ahmad sekitar tahun 1231 H/1815 M. Manuskrip Perintah Segala Raja-Raja merupakan satu catatan penting yang membincangkan etika raja dan pengawai, salasiah raja-raja dan senarai pegawai kerajaan dalam pemerintahan kerajaan Aceh Darussalam. Selain itu, manuskrip ini turut merangkumi adat istiadat dan undang-undang perdagangan yang dilaksanakan oleh kerajaan Aceh. Segala adat istiadat diraja dan peraturan pemerintahan yang dijalankan memperlihat wujudnya percampuran adat dan Islam. Manuskrip ini juga menunjukkan betapa pengaruh Islam amat menyerlah termasuklah dalam sistem perdagangan. Apa yang pasti Perintah Segala Raja-Raja satu gambaran penting proses perkembangan dan pembangunan pemerintahan serta ketamadunan masyarakat Melayu Islam di Asia Tenggara khususnya kerajaan Melayu Aceh Darussalam. Buku ini sesuai digunakan sebagai rujukan dan bahan bacaan oleh pelajar dan pensyarah serta pembaca umum yang ingin mengetahui dan mendalami proses perkembangan pemerintahan dan ketamadunan masyarakat dalam kerajaan Melayu Islam di Asia Tenggara.

Item Type:Book
Uncontrolled Keywords:Majlis Aceh, Perintah Segala Raja-Raja, Islam
Subjects:H Social Sciences > HM Sociology
Divisions:Islamic Civilisation
ID Code:30039
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:11 Apr 2013 03:02
Last Modified:28 Sep 2017 09:08

Repository Staff Only: item control page