Othman, Mohd. Shahizan and Miskon, Suraya and Syed Abdullah, Syed Norris Hikmi and Mi Yusuf, Lizawati (2006) Pembangunan aplikasi web menggunakan Active Server Pages (ASP). Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 983–52–0400–4
|
PDF
26kB |
Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...
Abstract
Persekitaran web menyediakan pelbagai teknologi serta komponen bagi tujuan pembangunan aplikasi web. Contoh teknologi atau komponen sedia ada yang boleh digunakan adalah seperti objek HTML piawai, skrip-pelanggan (JavaScript, VB Script), teknologi sebelah pelayan seperti Active Server Pages (ASP), Hypertext Preprocessor (PHP), dan Java Server Pages (JSP). Kepelbagaian ini membolehkan persekitaran web digunakan untuk pembangunan pelbagai jenis aplikasi web sama ada berbentuk konvensional, multimedia atau saintifik. Justeru itu, buku ini memberi pendedahan dan panduan kepada pembaca untuk membangunkan aplikasi web dengan menggunakan teknologi ASP. Selain itu, buku ini juga menerangkan tentang teknologi web secara umum, penggunaan sistem pengurusan pangkalan data dalam aplikasi web yang dibangunkan, penghasilan laporan dengan menggunakan Crystal Report dan cara menghasilkan laman web bagi troli pembelian. Sila layari laman web http://www.is.fsksm.utm.my/buku untuk memperoleh contoh aplikasi mudah yang telah dibangun dengan menggunakan teknologi ASP. Buku ini sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran oleh pensyarah, pelajar mahupun pembaca umum yang berminat untuk membangunkan sistem aplikasi web menggunakan ASP.
Item Type: | Book |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Active Server Pages (ASP), TEKNOLOGI WEB, PEMBANGUNAN LAMAN WEB, |
Subjects: | Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science |
Divisions: | Computer Science and Information System |
ID Code: | 30013 |
Deposited By: | Liza Porijo |
Deposited On: | 11 Apr 2013 03:54 |
Last Modified: | 27 Sep 2017 08:01 |
Repository Staff Only: item control page