Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Logik pengaturcaraan komputer

Maarof, Mohd. Aizaini and Abd. Latiff, Muhammad Shafie (2006) Logik pengaturcaraan komputer. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 983–52–0401–2

[img]
Preview
PDF
40kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Buku ini mengenengahkan satu kaedah yang lebih sistematik dan tersusun bagi membantu pelajar atau pengaturcara menyelesaikan masalah pengaturcaraan. Masalah yang sering dihadapi oleh pelajar adalah bagaimana hendak mula membina atur cara. Silibus yang disediakan untuk mengajar asas pengaturcaraan adalah lebih banyak menumpukan kepada penggunaan bahasa pengaturcaraan. Ini didapati menimbulkan kekeliruan dan kesukaran kepada pelajar memahami teknik yang betul dalam membina atur cara. Masalah yang penting dalam pengaturcaraan ialah mencari logik penyelesaian atau langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah logik pengaturcaraan. Buku ini ditulis dalam bentuk memberi latihan dan memperkenalkan langkah demi langkah proses menyelesaikan masalah logik pengaturcaraan. Ini bermula daripada masalah logik berjujukan yang mudah kepada masalah logik bersyarat dan seterusnya masalah logik yang lebih rumit, iaitu gabungan antara beberapa kaedah. Setelah menguasai teknik penyelesaian logik ini, para pembaca boleh menggunakan sebarang bahasa pengaturcaraan untuk mengkod atur cara. Buku ini sesuai digunakan oleh para pelajar peringkat menengah atas, prauniversiti, kursus sijil, diploma dan juga sarjana muda serta sesiapa yang ingin mempelajari kursus asas pengaturcaraan.

Item Type:Book
Uncontrolled Keywords:Logik pengaturcaraan komputer, OPERASI ARITMETIK, Carta Alir,
Subjects:Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Divisions:Computer Science and Information System
ID Code:30012
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:11 Apr 2013 03:43
Last Modified:27 Sep 2017 07:59

Repository Staff Only: item control page