Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Reka cipta & inovasi dalam perspektif kreativiti

Abd. Hamid, Mohd. Azhar and Balwi, Mohd. Koharuddin and Othman, Muhamed Fauzi (2006) Reka cipta & inovasi dalam perspektif kreativiti. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 983–52–0385–7

[img]
Preview
PDF
49kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Reka Cipta & Inovasi dalam Perspektif Kreativiti ialah sebuah karya yang memaparkan mauduk reka cipta daripada perspektif ilmiah. Buku ini memerihalkan konsep, teori dan praktis kreativiti, iaitu dalam konteks penjana idea, reka cipta dan penghasilan produk kreatif. Setakat ini tiada buku yang seumpamanya di pasaran memerihalkan tentang tema yang berkaitan tentang konsep, teori, teknik berfikir kreatif dan fungsi pemikiran kreatif. Ini berlaku kerana disiplin kreativiti masih baru dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Walaupun kreativiti itu sendiri telah lama digunakan dalam kehidupan seharian; namun ia masih belum dihadam secara ilmiah. Buku ini mengandungi enam bab dan setiap satu daripadanya digarap bertali-temati di antara satu sama lain. Bab 1 (Kreativiti dan Reka Cipta); Bab 2 (Perkembangan Reka Cipta); Bab 3 (Pereka Cipta dan Reka Cipta); Bab 4 (Reka Cipta Pada Era Inovasi); Bab 5 (Hadiah Nobel dan Kreativiti Saintifik) dan; Bab 6 (Negara Kreatif dan Inovatif).

Item Type:Book
Uncontrolled Keywords:Reka cipta, inovasi, perspektif kreativiti,
Subjects:H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions:Management and Human Resource Development
ID Code:30011
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:11 Apr 2013 03:43
Last Modified:27 Sep 2017 07:56

Repository Staff Only: item control page