Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Psikologi kognitif

Yahaya, Azizi and Yahaya, Noordin and Zakariya, Zurihanmi (2005) Psikologi kognitif. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 983–52–0368–7

[img]
Preview
PDF
55kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Buku ini memfokuskan persepsi pemikiran ingatan manusia secara teori dan konsep. Antara konsep yang dibincangkan ialah skemata – idea yang menggambarkan rangka kerja mental untuk pemahaman; pembentukan ingatan – pandangan yang menyatakan bahawa pengetahuan adalah direka oleh individu apabila mereka menghadapi situasi baru, dan tahap memproses, iaitu tanggapan bahawa ingatan adalah keluaran sampingan daripada proses maklumat yang diterima. Justeru, buku ini ditulis dengan teliti agar dapat memberi kesan yang membina kepada pembaca khususnya daripada aspek penguasaan terhadap kebolehan kognitif. Secara umumnya, buku ini mengandungi 14 bab. Antara perkara yang dibincangkan ialah pengenalan psikologi kognitif, teori-teori kognitif, teori kognitif fleksibiliti, otak dan minda, pengamatan, kecerdasan, gaya kognisi, dunia sosial dalam perkembangan kognisi, ingatan, penumpuan, emosi dan perkembangannya, pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan pendekatan kognitif. Selain memberi penekanan kepada aspek kognitif, buku ini juga membincangkan gabungan kepakaran psikologi dan kaunseling secara komprehensif agar dapat memberi impak yang lebih berkesan kepada pembaca. Sehubungan itu, buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat sama ada para pelajar di peringkat pengajian tinggi, guru, ibu bapa dan sesiapa jua yang berminat untuk membangunkan diri.

Item Type:Book
Subjects:L Education
Divisions:Education
ID Code:29988
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:09 Apr 2013 07:13
Last Modified:08 Feb 2017 00:10

Repository Staff Only: item control page