Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Termodinamik asas

Ariffin, Mohd. Kamal (2005) Termodinamik asas. Penerbit UTM, Skudai, Johor Bahru. ISBN 983–52–0392–X

[img]
Preview
PDF
48kB

Official URL: http://www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cg...

Abstract

Termodinamik ialah satu cabang sains asas yang berkaitan dengan pengajian tenaga. Pengajian termodinamik dianggap abstrak kerana melibatkan banyak prinsip dan falsafah. Justeru, buku ini menghuraikan penggunaan teori dan konsep asas dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan termodinamik asas. Bab yang dibincangkan meliputi konsep asas yang digunakan dalam pengajian termodinamik. Antara perkara yang dibincangkan ialah istilah yang lazim digunakan dalam bidang termodinamik, unit asas, sifat bahan tulen, tenaga, haba dan kerja, hukum pertama termodinamik bagi sistem tertutup dan sistem terbuka, hukum kedua termodinamik, dan entropi. Untuk mengukuhkan lagi kefahaman pembaca, contoh masalah dan penyelesaiannya disertakan. Penyelesaian ini diterangkan secara teratur dan disertakan dengan lakaran sistem yang berkaitan untuk menambahkan pemahaman pembaca. Pada akhir setiap bab disertakan latihan untuk menguji kefahaman pembaca. Buku ini sesuai sebagai rujukan pelajar tahun satu atau tahun dua kursus ijazah atau diploma Kejuruteraan, terutamanya Kejuruteraan Mekanikal di institusi pengajian tinggi serta sebagai bahan bacaan umum kepada mereka yang berminat tentang pengajian termodinamik.

Item Type:Book
Uncontrolled Keywords:Termodinamik asas, BAHAN TULEN, TENAGA, HABA DAN KERJA,
Subjects:T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions:Mechanical Engineering
ID Code:29985
Deposited By: Liza Porijo
Deposited On:09 Apr 2013 07:44
Last Modified:27 Sep 2017 06:55

Repository Staff Only: item control page